Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 16, 2022 23:59 MYT
Jun 16, 2022 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Jun 2022.
Dr Anthony Fauci, ‘wajah’ di sebalik usaha kerajaan Amerika Syarikat untuk menangani pandemik COVID-19, akhirnya ‘kecundang’ selepas disahkan positif COVID-19.
Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) memaklumkan pihaknya mengesan 52 lagi kes di England dan masing-masing satu di Scotland dan di Wales - meningkatkan jumlah kes yang disahkan di Britain kepada 524 setakat Selasa.
Sekitar 770 juta orang buta huruf di seluruh dunia, dengan dua pertiga daripada mereka adalah wanita.
Pelancong yang tiba di Jepun berisiko dihantar pulang jika gagal mematuhi peraturan pemakaian pelitup muka, sanitasi tangan dan membeli insurans kesihatan persendirian.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang meneliti laporan menyebut virus cacar monyet dikesan dalam air mani pesakit, sekali gus meneroka kemungkinan penyakit itu boleh berjangkit menerusi aktiviti seksual.
Kerajaan Australia sahkan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di terminal lapangan terbang. Bagaimanapun, pelitup muka masih perlu dipakai ketika berada di dalam pesawat.
Amaran cuaca panas turut menjengah Sepanyol. Suhu panas dijangka terus meningkat sehingga mencecah 40 darjah celcius di beberapa kawasan negara itu termasuk di ibu kotanya, Madrid.
Perdana Menteri, Fumio Kishida berkata, pusat ini akan berperanan mengintegrasikan pejabat pengurusan krisis yang terdapat di pelbagai lokasi di negara itu.
Presiden Indonesia Joko Widodo melantik Zulkifli Hasan sebagai Menteri Perdagangan yang baharu, susulan kritikan orang ramai terhadap langkah kurang berkesan yang dilaksana Muhammad Lutfi dalam menguruskan bekalan minyak masak domestik baru-baru ini.