Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 8, 2022 23:58 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Jun 2022.
1. Haji: Jemaah Malaysia akan mula tiba di Mekah esok
Bumi Mekah akan mula dikunjungi jemaah haji Malaysia secara berperingkat bermula 8 malam, waktu Arab Saudi, esok.
2. Gempa bumi sederhana landa Sulawesi
Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter melanda Sulawesi, Indonesia pada 1.32 tengah hari ini.
3. Sekurang-kurangnya 17 maut kereta api tergelincir di Iran
Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dan ramai lagi cedera selepas sebuah kereta api penumpang tergelincir di timur Iran, kata pihak berkuasa awal Rabu.
4. UK mula sistem bekerja empat hari seminggu, tiada pemotongan gaji
Projek tersebut menyaksikan pekerja yang terlibat menerima bayaran gaji penuh meskipun tempoh bekerja kurang daripada seminggu dengan matlamat untuk mengekalkan produktiviti.
5. Perang berpanjangan Rusia-Ukraine jejas keselamatan makanan - Penganalisis
Perang Rusia-Ukraine yang berpanjangan akan menyebabkan gangguan kepada keselamatan makanan dalam jangka panjang memandangkan sekatan terhadap Rusia akan memberikan impak buruk terhadap pasaran global, menurut penganalisis.
6. Diplomat Hungary dilantik presiden baharu Perhimpunan Agung PBB
Beliau akan memulakan tugas baharunya pada September 2022, menggantikan Presiden sekarang Abdulla Shahid dari Maldives.
7. Krisis Kesihatan | Kekurangan bekalan makanan satu lagi krisis
Krisis bekalan makanan ketika ini dikhuatiri bakal menjadi krisis kesihatan sama seperti pandemik COVID-19. Menurut Pengarah Eksekutif Dana Global Untuk Memerangai Aids, Tuberkulosis dan Malaria, Peter Sands memberi amaran tersebut susulan perang yang tercetus antara Rusia-Ukraine.
8. Ukraine-Rusia | Lebih 31,000 tentera Rusia dilaporkan terkorban
Lebih 31 ribu tentera rusia terkorban dalam perang bersama Ukraine. Dakwa Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, Rusia terpaksa menanggung kesannya dengan hampir 300 tenteranya dilaporkan terkorban setiap hari sejak 24 Februari lalu.
9. COVID-19 | Annalena Baerbock disahkan positif COVID-19
Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock memendekkan lawatannya ke Pakistan selepas disahkan positif COVID-19. Baerbock, tiba di Islamabad pada Selasa untuk lawatan dua hari ke negara itu.
10. Vaksin COVID-19 | Vaksin keempat, Novavax di Amerika bakal diluluskan
Golongan dewasa di Amerika yang belum mendapatkan vaksin COVID-19 bakal mempunyai pilihan lain. Jelas Penasihatan Pentadbiran Makanan Dan Ubat-Ubatan (FDA) mereka kini menyokong suntikan jenis tradisional.
#Ukraine #AIDS #COVID-19 #gempa bumi #Indonesia #Mekah #PBB #Arab Saudi
;