Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 10, 2022 23:59 MYT
Mei 10, 2022 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Mei 2022.
Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa pada Selasa melanjutkan perintah berkurung sehingga 11 Mei susulan bantahan yang masih berterusan di negara ini.
Kes harian COVID-19 di Taiwan pada Selasa melebihi angka 50,000 buat pertama kali dengan 50,828 kes baharu dan 12 kematian dicatatkan, menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Epidemik (CECC).
Calon Presiden Filipina Leni Robredo menyeru penyokongnya supaya menghormati suara rakyat, selepas seterunya, Ferdinand Marcos Junior mendahului kiraan undi tidak rasmi dan dijangka menang mudah dalam Pilihan Raya Presiden. Peguam Hak Asasi Manusia itu turut menyeru supaya penyokongnya memperjuangkan nilai-nilai patriotik di luar kotak undi.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa insiden letupan di sebuah hotel mewah di ibu negara Cuba masih diteruskan
Sejak COVID-19 melanda dunia, terdapat banyak perubahan yang dilakukan pada cara dan gaya hidup manusia antaranya perubahan yang sedang dialami oleh setiap negara iaitu dari segi waktu dan cara bekerja.
Ratu Elizabeth II tidak akan menghadiri istiadat pembukaan Parlimen pada Selasa, menurut kenyataan Istana Buckingham pada Isnin.
Presiden Rusia, Vladimir Putin mengirimkan peringatan 'hari kiamat' kepada negara Barat ketika Moscow memperingati sambutan 77 tahun kemenangan Kesatuan Soviet terhadap Nazi Jerman.
Seorang wanita didakwa di Mahkamah California, Amerika Syarikat pada Isnin atas tuduhan membunuh tiga anaknya.
Sekurang-kurangnya seorang maut dan puluhan lagi cedera selepas dua gerabak kereta api tergelincir dan terbalik berhampiran Vienna, Austria.
Pihak berkuasa Shanghai sekali lagi melanjutkan sekatan penularan COVID-19 selepas bandar itu memasuki perintah sekatan melebihi sebulan.
#Jerman
#Filipina
#Rusia
#California
#COVID-19
#letupan
#Cuba
#Parlimen
#Taiwan
#Sri Lanka
#Vladimir Putin