Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 9, 2022 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Mei 2022.
1. Filipina Memilih | 3 pengawal keselamatan pusat undi ditembak
Tiga pengawal keselamatan maut dalam insiden tembakan di sebuah pusat pengundian di selatan Filipina. Kejadian berlaku di sebuah sekolah yang digunakan sebagai pusat pengundian di daerah Buluan, di Pulau Mindanao.
2. Filipina Memilih | Pengundian Pemilihan Presiden baharu bermula
Rakyat Filipina memilih Presiden baharu dalam pilihan raya bermula hari ini. Tinjauan umum yang dibuat sebelum hari pengundian bagaimanapun rata-rata mendapati, anak bekas diktator, Ferdinand Marcos Junior mendahului berbanding calon-calon lain.
3. Gempa bumi kuat landa timur Taiwan
Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Lautan Pasifik pada 2.23 petang Isnin menggegarkan sebahagian besar Taiwan, menurut Agensi Berita Pusat (CNA).
4. Isu kadar kelahiran: Elon Musk kata Jepun 'bakal lenyap'
Satu ciapan pengasas Tesla Inc, Elon Musk bahawa ‘jangka hayat Jepun akan berakhir’ jika tiada usaha kerajaan untuk meningkatkan kadar kelahiran, telah mengakibatkan kemarahan dan sindiran dari ramai pihak.
5. Filipina Memilih: Pilihan raya dicemari insiden tembakan, 3 maut, 1 cedera
Tiga maut dan seorang cedera dalam insiden tembakan berhampiran pusat pengundian di wilayah Maguindanao, selatan Filipina pada pagi Isnin, lapor Xinhua.
6. Sidang G7 | Negara anggota komited sekat import minyak Rusia
Pemimpin G7 komited menyekat dan mengurangkan import minyak dari Rusia. Perkara ini dipersetujui ketika mesyuarat kumpulan berkenaan yang berlangsung secara maya.
7. 51 peratus mahu waktu kerja fleksibel - Kajian
Selepas dua tahun bekerja dalam situasi pandemik, pekerja kini mendambakan fleksibiliti yang lebih besar apabila melibatkan waktu kerja mereka.
8. COVID-19: Bill Gates nafi suntikan vaksin boleh jejak manusia
Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates berkata baru-baru ini bahawa teori yang mendakwa dia boleh menjejaki orang ramai melalui mikrocip dalam suntikan vaksin COVID-19 sebagai 'gila'.
9. PM Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa letak jawatan
Perdana Menteri Sri Lanka Mahinda Rajapaksa meletak jawatan pada Isnin ketika protes antikerajaan masih berterusan.
10. COVID-19 | Shanghai ketatkan perintah berkurung hingga akhir Mei
Shanghai mengetatkan penutupan COVID-19 dalam usaha baru untuk menghapuskan jangkitan di luar kawasan kuarantin menjelang akhir bulan ini. Sekatan di seluruh 16 daerah di bandar itu kemungkinan akan berbeza-beza kerana beberapa daerah telah mencapai sasaran.
#COVID-19 #Filipina #G7 #Bill Gates #Taiwan #pandemik #Jepun #Rusia #pilihan raya
;