Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 28, 2022 23:59 MYT
April 28, 2022 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 April 2022.
Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Jens Stoltenberg pada Khamis berkata organisasi ketenteraan itu mengalu-alukan penyertaan Finland dan Sweden "dengan tangan terbuka" jika kedua-dua negara memutuskan untuk berbuat demikian.
Rusia menghentikan bekalan gas asli kepada dua negara ahli NATO iaitu Poland dan Bulgaria dan bakal melibatkan lebih banyak negara.
Korea Selatan bercadang menghantar sebahagian bekalan gas asli cecair (LNG) ke Eropah bagi membantu mengurangkan krisis tenaga susulan operasi ketenteraan Rusia di Ukraine, menurut pegawai kerajaan pada Khamis.
Pihak berkuasa Shanghai akan memulakan ujian saringan COVID-19 bermula beberapa hari akan datang bagi menentukan kawasan kejiranan yang selamat untuk melonggarakan sekatan pergerakan yang dikuat kuasakan sebelum ini.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu memaklumkan terdapat lebih 151 kes disyaki bakteria salmonellosis dikaitkan dengan produk coklat "Kinder" keluaran Belgium.
Seorang pelancong Austria dan tiga rakyat tempatan maut selepas jambatan berusia beberapa dekad runtuh di wilayah Bohol tengah Filipina pada petang Rabu.
Empat maut dalam dua kejadian tembakan di Mississippi, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, menurut polis.
Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dan 11 cedera dalam rusuhan kumpulan pekerja yang bertempur di kilang simen di Hidalgo, Mexico Tengah.
Ketua Parti Rakyat Pakistan (PPP) Bilawal Bhutto-Zardari pada Rabu dilantik sebagai Menteri Luar baharu Pakistan.
Dianggarkan 250,000 umat Islam menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa pada Rabu sempena malam Lailatul Qadar. Tiada insiden dilaporkan, meskipun ketika ketegangan meningkat antara Israel dan Palestin.
#NATO
#Sweden
#Ukraine
#Rusia
#Korea Selatan
#China
#COVID-19
#WHO
#salmonella
#Filipina
#Mississippi
#Mexico
#Pakistan
#Masjid Al-Aqsa
#Finland