Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 22, 2022 23:58 MYT
April 22, 2022 23:58 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 April 2022.
Pejabat Presiden Korea Selatan Moon Jae In pada Jumaat mengesahkan pertukaran nota perpisahan antara Moon dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan pentadbirannya campur tangan menghentikan tindakan Israel di wilayah Palestin, terutamanya di Baitulmaqdis Timur, lapor Xinhua.
Kerajaan Peru mengumumkan penggunaan pelitup muka di tempat awam tidak lagi diwajibkan di negara itu.
Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan pada Khamis malam menuntut pilihan raya baharu diadakan ketika berucap pada perhimpunan besar di tapak bersejarah di Lahore.
Perkhidmatan CNN+ akan ditamatkan pada penghujung bulan ini hanya selepas sebulan dilancarkan.
Mike Tyson dilapor menumbuk seorang penumpang pesawat ketika dalam penerbangan pada Rabu malam.
Dunia berdepan dengan satu lagi penderitaan susulan perang di Ukraine. Menurut Duta Ireland ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ketika ini tambahan 47 juta warga dunia berdepan masalah kebuluran berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Rejim Israel sekali lagi mencetuskan serangan di rumah suci umat Islam, Masjid Al-Aqsa buat kali ketiga dalam tempoh terdekat ini. Pertempuran dilaporkan tercetus selepas polis Israel sekali lagi menyekat kemasukan penduduk Palestin ke masjid bagi memberi ruang buat pendatang Yahudi ke perkarangan itu.
Tentera Israel dan Palestin dikatakan berbalas serangan demi serangan dalam minggu ini. Terbaharu, sejak tercetusnya pencerobohan kontroversi melibatkan Masjid Al-Aqsa, tentera Israel melancarkan serangan misil udara pertamanya di semenanjung Gaza.
Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam letupan di sebuah masjid di utara Afghanistan pada Khamis, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.
#Amerika Syarikat
#Afghanistan
#COVID-19
#Gaza
#Islam
#Israel
#Joe Biden
#PBB
#Palestin
#Pakistan
#Masjid Al-Aqsa
#Korea Selatan
#Korea Utara
#pelitup muka
#Korea