Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 7, 2022 23:59 MYT
April 7, 2022 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 7 April 2022.
China tegas dengan pendiriannya bahawa semua senjata pemusnah besar-besaran perlu diharamkan dan dimusnahkan sepenuhnya termasuk senjata biologi, kata Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Dai Bing.
Banyak kemajuan dicapai selepas pertemuan selama lima jam dengan Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev dan Perdana Menteri Armenia Nikol Pashinyan.
Presiden Yaman, Abed Rabbo Mansour Hadi pada Khamis umum peralihan kuasa kepada sebuah majlis presiden. Pembentukan badan baharu itu melibatkan seorang presiden dan tujuh anggota bagi mengetuai rundingan berhubung gencatan senjata dan penyelesaian politik kepada konflik yang membelenggu negara itu sejak 2014.
Seorang lelaki akhirnya ditangkap polis selepas seorang wanita yang khuatir keselamatannya terancam berpura-pura memesan piza, namun sebenarnya mendail nombor kecemasan ‘999’, lapor BBC.
Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia mendapat penghargaan dan tumpuan apabila diiktiraf sebagai masjid hijau yang pertama di dunia.
Sekatan yang dikenakan ke atas Rusia berhubung pencerobohannya di Ukraine sepatutnya memberi China satu 'pemahaman yang baik' tentang akibat yang boleh dihadapinya jika beri sokongan kepada Moscow.
Rusia berkemungkinan melancarkan serangan baharu di wilayah Donbas, timur Ukraine dalam beberapa minggu akan datang. Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg pada Selasa, negara sekutu itu masih mempunyai masa untuk membantu menyokong operasi ketenteraan Ukraine.
Tiga syarikat berpangkalan di Pulau British Virgin, yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, telah memfailkan notis bankrupsi di bawah Bab 15 Kod Kemuflisan Amerika Syarikat (AS) di Florida.
Malaysia harus meneruskan dasar neutralisasi dan tidak mengambil tindakan bersendirian dalam menangani isu persaingan antara dua kuasa besar dunia, Amerika Syarikat dan China.
Perjalanan udara dan permintaan terhadap pasaran kargo udara global bertambah baik pada Februari 2022, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).