Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 24, 2022 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 Mac 2022.
1. Rusia hadkan akses terhadap Google News
Rusia telah mengehadkan akses perkhidmatan Google News, dengan mendakwa ia menyediakan akses kepada maklumat "palsu" tentang serangan Rusia di Ukraine, lapor agensi berita Rusia pada Rabu.
2. COVID-19 | Singapura terus ambil pendekatan berhati-hati
Biarpun mengumumkan akan melonggarkan dengan ketara kawalan perjalanan rentas sempadan, namun Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menegaskan republik itu akan terus mengambil pendekatan berhati-hati.
3. Nahas Pesawat | Operasi pencarian kotak hitam kedua diperluas
Pihak berkuasa memperluaskan kawasan pencarian kotak hitam kedua pesawat China Eastern Airlines yang terhempas di pergunungan dekat selatan China. Bagaimanapun, hujan berterusan menyukarkan operasi pencarian.
4. Monarki British | Jamaica mahu merdeka sepenuhnya
Jamaica melahirkan hasrat untuk mencapai kemerdekaan penuh dan memutuskan hubungan dengan monarki British. Perkara itu dinyatakan Perdana Menterinya, Andrew Holness kepada Duke of Cambridge, Putera William dalam rangka lawatan ke Pulau Caribbean.
5. Singapura buka sempadan kepada semua pengembara lengkap divaksin pada 1 April
Singapura akan membuka semula sempadannya kepada semua pengembara yang lengkap divaksin dari negara atau wilayah dalam Kategori Perjalanan Umumnya dan akan beralih kepada Rangka Kerja Perjalanan Bervaksin baharu mulai 1 April 2022.
6. Selepas tular lelaki 'mandi dan memancing' dalam lopak, jalan raya berlubang akhirnya dibaiki
da pelbagai cara untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan mencuri perhatian umum!
7. Majlis Keselamatan PBB tolak draf resolusi Rusia mengenai Ukraine
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu menolak draf resolusi daripada Rusia mengenai situasi kemanusiaan di Ukraine.
8. Raya Aidilfitri | Indonesia benarkan mudik lebaran
Indonesia akan menarik balik larangan perjalanan domestik pada musim cuti sempena sambutan Aidilfitri awal Mei depan. Presiden Indonesia, Joko Widodo, mengumumkan perkara itu selepas tradisi pulang atau mudik ke kampung di republik itu disekat selama dua tahun berikutan pandemik COVID-19.
9. Terperangkap tiga hari di restoran gara-gara COVID-19, dijamu hidangan 'hot pot' percuma
Seorang wanita di Zhengzhou, China bernama Wang, membuat janji temu untuk makan malam bersama beberapa rakan di sebuah restoran 'hot pot' selepas seharian bekerja.
10. Ukraine dakwa 15 komander tentera Rusia terbunuh
Seorang komander tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran di Ukraine, lapor tentera Ukraine dalam media sosial pada Selasa.
#Aidilfitri #British #China #COVID-19 #Google #Indonesia #Joko Widodo #Lee Hsien Loong #media sosial #Merdeka #PBB #Perdana Menteri #Rusia #Singapura #Ukraine
;