Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 23, 2022 23:58 MYT
Mac 23, 2022 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 23 Mac 2022.
Penyiasat penerbangan China mengesahkan telah menemui kotak hitam menyimpan suara kokpit dan data penerbangan pesawat China Eastern Airlines yang terhempas pada Isnin lalu, lapor portal berita Xinhua.
Kebakaran gudang di selatan India pada Rabu mengorbankan 11 pekerja.
Kerajaan Jepun beri amaran mengenai kemungkinan gangguan elektrik yang meluas di Tokyo dan kawasan sekitarnya.
Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan pemansuhan semua sekatan COVID-19, termasuk kuarantin wajib bagi semua pengunjung ke negara itu.
China mengenakan perintah berkurung semalaman di bandar perindustrian Shenyang yang menempatkan 9 juta penduduk.
Setiausaha Akhbar White House Jen Psaki pada Selasa berkata beliau positif COVID-19 dan tidak akan turut serta dalam lawatan Presiden Joe Biden ke Eropah, lapor Sputnik.
Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton umum beliau diuji positif COVID-19 dan kini mengalami gejala ringan.
Pembukaan sempadan antarabangsa sepenuhnya selepas dua tahun bukan sahaja bakal merancakkan kembali ekonomi negara malah juga menandakan 'kembalinya' penganjuran konsert bertaraf antarabangsa.
Pemain tenis wanita nombor satu dunia, Ashleigh Barty mengejutkan arena sukan antarabangsa apabila mengumumkan persaraannya pada usia 25 tahun.
Mulai Mei tahun ini, perjalanan merentasi ibu negara UK akan direvolusikan oleh kereta api berkelajuan tinggi baharu yang sebahagian besarnya dibina di bawah tanah bagi menghubungkan timur ke barat.
#Amerika Syarikat
#Arab Saudi
#COVID-19
#Hillary Clinton
#Joe Biden
#Justin Bieber
#White House
#Malaysia