Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 18, 2022 23:58 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Mac 2022.
1. Ukraine, Rusia mungkin capai persetujuan rundingan damai dalam tempoh seminggu
Meneurut Penasihat Presiden Ukraine Mykhailo Podolyak, Kiev mahu menetapkan syarat secara terperinci bagi pengunduran tentera Rusia dari Ukraine menerusi perjanjian damai itu.
2. Bekas PM Bulgaria ditahan seleweng dana EU
Bekas Perdana Menteri Bulgaria, Boyko Borisov ditahan pada Khamis bersama anggota partinya berhubung siasatan dengan penyalahgunaan dana bantuan Kesatuan Eropah (EU).
3. COVID-19 Global | Pertambahan 2.23 juta kes baharu dalam sehari
Terdapat pertambahan 2.23 juta kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas. Ini menjadikah jumlah kes baharu yang direkodkan kini adalah sebanyak 464 juta kes.
4. COVID-19 | Itali umum sekatan tamat akhir bulan ini
Perdana Menteri Itali, Mario Draghi umum sekatan COVID-19 akan ditamatkan menjelang akhir Mac.
5. COVID-19 Global | Pertambahan 6,912 korban baharu dalam sehari
Berdasarkan data John Hopkins University, terdapat pertambahan lebih enam ribu kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.06 juta kes.
6. Slovakia mungkin hantar senjata antipesawat ke Ukraine
Slovakia menyatakan pada Khamis bahawa pihaknya bersedia menghantar sistem peluru berpandu antipesawat S-300 buatan Rusia ke Ukraine.
7. Krisis Rusia-Ukraine: Kereta kebal tentera Rusia diletupkan di Mariupol
Tentera Ukraine berjaya meletupkan sebuah kereta kebal tentera Rusia di bandar Mariupol selepas terkena bedilan misil di bandar Mariupol baru-baru ini.
8. COVID-19: Britain luluskan rawatan berasaskan terapi antibodi
Agensi pengawal selia ubat-ubatan Britain meluluskan rawatan COVID-19 berasaskan terapi antibodi keluaran AstraZeneca bagi individu dewasa dengan tindak balas imun lemah.
9. COVID-19: Jerman tarik semula kebanyakan larangan
Jerman akan menarik semula kebanyakan larangan yang dikuat kuasakan sebelum ini bagi membendung penularan pandemik COVID-19. Langkah itu diambil ketika kes harian COVID-19 di negara itu masih mencatatkan peningkatan drastik.
10. Bekas Presiden Peru Fujimori dibebaskan
Mahkamah Tinggi Peru memutuskan untuk membebaskan bekas Presiden Alberto Fujimori dari penjara selepas beliau dijatuhkan hukuman sehingga 2032 kerana melanggar hak asasi manusia.
#COVID-19 #AstraZeneca #Ukraine #Alberto Fujimori #Kiev #Rusia
;