Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 17, 2022 23:59 MYT
Mac 17, 2022 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 17 Mac 2022.
China dan Indonesia merupakan negara membangun yang utama dan wakil entiti ekonomi baharu, kata Presiden Xi Jinping.
Presiden Ukraine pada Rabu mengulangi kenyataan bahawa jaminan kedaulatan dan integriti wilayah Ukraine adalah penting, susulan rundingan damai yang sedang berlangsung dengan Rusia, lapor Agensi Anadolu.
Sekurang-kurangnya empat terkorban manakala puluhan lagi cedera selepas gempa bumi 7.4 pada skala Richter menggegarkan timur laut Jepun tengah malam Rabu, lapor agensi berita antarabangsa.
Warga asing bukan sahaja dibenarkan membuat permohonan baharu malah eVisa lima tahun yang masih sah juga boleh digunakan semula.
Sebuah teater di Mariupol yang menempatkan ratusan orang untuk berlindung dibom pada Rabu.
Ribuan penduduk di Jepun bergelap gara-gara terputus bekalan elektrik berikutan gempa bumi kuat yang melanda pantai timur laut negara itu pada Rabu.
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy merayu kepada Kongres Amerika Syarikat agar dapat menggerakkan bantuan bagi membantu perjuangan Ukraine menentang Rusia.
Rusia telah kehilangan seorang lagi jeneralnya dalam perang di Ukraine di bandar Mariupol, kata Kementerian Dalam Negeri Ukraine pada Selasa.
Presiden Joe Biden menggelar Presiden Rusia Vladimir Putin sebagai penjenayah perang susulan kekejaman di Ukraine yang meningkat. Biden turut memohon bantuan lebih lanjut kepada Kongres Amerika.
Kisah kematian aktres popular Thailand, Tangmo Nida masih misteri. Sejak berita kematian pelakon jelita itu mendapat tumpuan dunia, pakar patologi forensik terkenal Thailand, Dr Porntip Rojanasunan.
#gempa bumi
#Indonesia
#Jepun
#Joe Biden
#Korea
#Omicron
#Vladimir Putin
#Ukraine
#Xi Jinping
#Rusia
#Tangmo Nida