Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 7, 2022 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 7 Mac 2022.
1. Thailand mungkin masuk fasa endemik pada Julai - Kajian
Thailand mungkin memasuki fasa endemik seawal Julai tahun ini memandangkan situasi COVID-19 bertambah baik berikutan kadar vaksinasi yang tinggi dan sistem penjagaan kesihatan awam yang baik.
2. New Zealand, Korea Selatan umum sekatan baharu ke atas Rusia
KERAJAAN New Zealand pada Isnin menyatakan akan memperkenalkan peraturan baharu sebagai satu bentuk sekatan ke atas Rusia, susulan serangan terhadap Ukraine.
3. Rusia umum gencatan senjata untuk pindahkan orang awam
Rusia pada Isnin mengumumkan akan mengisytiharkan gencatan senjata di bandar Kiev, Mariupol, Kharkiv dan Sumy di Ukraine mulai 10 pagi waktu tempatan (0700GMT) untuk memindahkan orang awam.
4. Pelancongan | Indonesia buka Bali kepada pelancong asing
Indonesia membuka semula kemudahan visa semasa ketibaan (VOA) untuk pelancong ke Bali dari 23 negara termasuk Malaysia, Amerika Syarikat dan United Kingdom. Ia akan dilaksanakan sebelum 14 Mac, berikutan kadar vaksinasi COVID-19 bagi dua dos dekat pulau percutian itu lebih tinggi berbanding di mana-mana wilayah lain.
5. Thailand bakal lancar alat semburan hidung bantu cegah COVID-19
Alat Semburan hidung buatan Thailand untuk membantu mencegah COVID-19 dijangka dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.
6. Duta India ke Palestin ditemukan maut
Duta India ke Palestin, Mukul Arya, ditemukan maut di pejabatnya di Ramallah pada Ahad, lapor agensi berita Palestin WAFA.
7. Pelajar terperangkap di Ukraine terpaksa minum air salji
Pelajar-pelajar India yang terperangkap akibat perang di Ukraine terpaksa mencairkan salji untuk mendapatkan bekalan air bersih baru-baru ini.
8. COVID-19 | Kes tinggi, hospital kecemasan dibina di Hong Kong
China memulakan pembinaan hospital untuk kegunaan kecemasan di Hong Kong selepas sistem kesihatan bandar itu alami tekanan akibat gelombang kelima virus COVID-19. Hampir 2,000 pekerja dari tanah besar China tiba di Lok Ma Chau Loop untuk memulakan pembinaan tersebut.
9. Thailand mungkin masuk fasa endemik pada Julai - Kajian
Thailand mungkin memasuki fasa endemik seawal Julai tahun ini memandangkan situasi COVID-19 bertambah baik berikutan kadar vaksinasi yang tinggi dan sistem penjagaan kesihatan awam yang baik.
10. Ukraine-Rusia | Jangan terima pesawat Ukraine - Amaran Rusia
Kementerian Pertahanan Rusia memberi amaran kepada negara jiran Ukraine untuk tidak menjadi tuan rumah pesawat perangnya. Moscow mungkin menganggap mereka sebagai sebahagian daripada konflik jika pesawat Ukraine melakukan penerbangan misi tempur dari wilayah mereka.
#berita antarabangsa pilihan #Berita AWANI #berita menarik #Berita Harian