Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 22, 2022 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 22 Februari 2022.
1. Cerita Sebalik Berita: Ketegangan Ukraine-Rusia meningkat
Ketua Eksekutif ISIS Malaysia, Herizal Hazri mengulas isu ketegangan Ukraine-Rusia yang meningkat akhir-akhir ini.
2. Krisis Ukraine-Rusia | Rusia sudah ceroboh Ukraine - Sajid Javid
Setiausaha Kesihatan United Kingdom, Sajid Javid berkata, Britain akan mengenakan sekatan ke atas Rusia.
3. Perjanjian global bendung pencemaran plastik
PBB berkata ia boleh menjadi pakatan alam sekitar paling penting sejak Perjanjian Paris pada 2015.
4. Omicron akibatkan lebih banyak kematian berbanding varian Delta di AS
AS merekodkan kes jangkitan membabitkan varian Delta sebanyak 10,917,590 dengan 132,616 kematian untuk tempoh tiga bulan bermula 1 Ogos hingga 31 Okt 2021.
5. Warga Turki catat rekod dijangkiti COVID-19 sepanjang 14 bulan
Selepas 14 bulan dan 78 kali dijangkiti COVID-19, Muzaffer Kayasan, 56, masih bergelut dengan virus berkenaan dan masih dikuarantin di rumah secara berterusan.
6. Krisis Ukraine-Rusia | Mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB
Mesyuarat membuka tirai dengan ucapan Setiausaha Kedua Hal Ehwal Politik PBB, Rosemary Dicarlo yang menggambarkan langkah Rusia mengiktiraf kawasan puak pemisah di Timur Ukraine menjadi entiti bebas sebagai pelanggaran kedaulatan dan integriti wilayah Ukraine.
7. Krisis Ukraine-Rusia | Ukraine tidak takut - Volodymyr Zelenskyy
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menyeru rakyatnya supaya kekal tenang dan yakin, selain mengulangi gesaannya untuk mencari jalan keluar yang aman dan diplomatik.
8. Kurikulum lebih fleksibel tangani masalah keciciran pendidikan akibat pandemik - Nadiem Makarim
Pastinya setiap negara mempunyai strategi dan cara masing-masing untuk menangani situasi ini dan negara jiran, Indonesia, percaya satu set kurikulum sahaja tidak mampu memenuhi kehendak perkembangan ilmu pengetahuan.
9. Krisis Ukraine-Rusia | Putin mengerahkan tentera ke Ukraine
Kebimbangan bahawa Rusia bakal menceroboh Ukraine terus meningkat apabila Presiden Vladimir Putin mengerahkan tentera ke kawasan puak pemisah di Timur Ukraine.
10. Krisis Ukraine-Rusia | Puak pemisah Donetsk dakwa Rusia sudah tiba
Seorang jurucakap Majlis Republik Donetsk di Timur Ukraine mendakwa tentera Rusia sudah berada dalam kawasan Donetsk dan Luhansk. Vladislav Brig, Timbalan Majlis Rakyat di Republik Rakyat Donetsk bercakap kepada media pada Selasa selepas Presiden Rusia Vladimir Putin mengiktiraf kawasan puak pemisah di timur Ukraine sebagai entiti bebas.
#Rusia #Ukraine #Vladimir Putin #COVID-19 #PBB #Omicron #ISIS #Herizal Hazri
;