Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 1, 2022 23:55 MYT
Februari 1, 2022 23:55 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 1 Februari 2022.
Syarikat farmaseutikal Pfizer dan BioNTech dijangka mengemukakan permohonan kelulusan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berumur enam bulan hingga lima tahun kepada Jabatan Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat pada Selasa.
Hari ini genap setahun sejak rampasan kuasa di Myanmar oleh junta tentera yang mencetuskan peristiwa berdarah berikutan bantahan rakyat dan keganasan tentera. Bandar-bandar besar di serata Myanmar hari ini sunyi dan lengang, apabila rakyat melancarkan protes 'senyap' sebagai tanda solidariti ketika suara mereka semakin ditindas.
Di bandar kedua terbesar Myanmar, Mandalay, sekumpulan penunjuk perasaan berarak sebagai bantahan sempena ulang tahun rampasan kuasa junta tentera. Mereka membawa sepanduk dan kain rentang sambil melaungkan slogan Pro-Demokrasi.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken pada Isnin membincangkan hubungan dua hala dan perkembangan terkini di Palestin dalam satu perbualan telefon.
Pelanjutan itu dibuat untuk persiapan yang diperlukan bagi pilihan raya umum pelbagai parti. Kali pertama darurat diisytiharkan adalah pada Feb 2021, selepas tentera menahan bekas pemimpin kerajaan, termasuk kaunselor negara dan presiden.
The New York Times kini pemilik baharu Wordle, permainan perkataan popular yang memberikan pemain enam peluang untuk meneka perkataan lima huruf, setiap hari.
Seorang veteran bomba maut ditembak ketika dalam usaha memadam kebakaran di Stockton, California. Kejadian berlaku ketika Kapten Max Fortuna dan pasukannya tiba di lokasi kebakaran melibatkan tong sampah yang merebak ke sebuah bangunan.
Pemain dram dan penyanyi utama kumpulan Chicago Blues, Sam Lay meninggal dunia pada usia 86 tahun akibat sakit tua. Menurut kenyataan oleh Alligator Records pada Isnin, Lay meninggal dunia di pusat jagaan warga emas di Chicago pada Sabtu.
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau disahkan positif COVID-19 namun akan terus bekerja dari rumah. Trudeau menjalani kuarantin sejak minggu lepas selepas salah seorang daripada anaknya disahkan positif virus itu.
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA), memberi kelulusan penuh kepada vaksin COVID-19, Moderna. Vaksin berkenaan sudah diberikan kepada puluhan juta rakyat Amerika Syarikat sejak ia diberi kelulusan kecemasan setahun lalu.
#Pfizer
#Moderna
#Justin Trudeau
#Myanmar
#Mahmoud Abbas
#Antony Blinken
#Wordle
#New York Times
#Sam Lay
#Chicago Blues