Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 25, 2022 23:59 MYT
Januari 25, 2022 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 25 Disember 2022.
Pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu telah mengumumkan maklumat baharu tentang syarat kemasukan ke Abu Dhabi, iaitu pelancong asing yang sudah lengkap dua vaksin tidak lagi perlu menunjukkan bukti sudah mengambil dos penggalak untuk melintas masuk ke bandar raya itu.
Hampir dua dozen petugas pelayaran yang menaiki kapal tentera Australia bagi penghantaran bantuan kecemasan ke Tonga, disahkan positif COVID-19.
Gaji bulanan asas yang baru saja diterima bekerja sebagai pekerja pembersihan am sedia dinaikkan kepada S$3,260 (RM10,160) menjelang tahun 2028, di bawah model gaji progresif bagi sektor itu.
Ribut salji membadai Turki selepas pihak berkuasa meteorologi negara itu memberi amaran bencana salji yang dahsyat.
Sekurang-kurangnya enam orang terkorban dalam kejadian rempuhan di luar perkarangan stadium semasa perlawanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) di Cameroon pada Isnin.
Sebuah kelab malam di Papua Barat, Indonesia musnah dalam kebakaran selepas pergaduhan tercetus antara dua kumpulan.
Tujuh anak kapal dilaporkan cedera selepas sebuah jet pejuang Amerika Syarikat terhempas di atas kapal induk pesawat udara.
Musim sejuk dengan salji tebal memusnahkan ratusan khemah pelarian di sekitar Azazz sejak beberapa minggu lalu.
Indonesia bersetuju untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (Pemilu) dan Pilihan Raya Presiden (Pilpres) secara serentak pada 14 Februari 2024.
Singapura dan Indonesia hari ini menandatangani beberapa perjanjian bagi menangani isu-isu dua hala.