Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 13, 2022 23:59 MYT
Januari 13, 2022 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Januari 2022.
Pihak pemisah selatan Thailand bersetuju untuk membentuk Joint Working Group (JWG) dengan Kerajaan Thailand dalam usaha menyelesaikan isu di selatan negara tersebut.
Amerika Syarikat (AS) pada Rabu mengenakan sekatan ke atas enam warga Korea Utara, seorang warga Rusia dan sebuah firma Rusia.
Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson berdepan desakan untuk meletak jawatan.
Thailand merancang untuk memberi vaksin COVID-19 kepada 5.2 juta murid berumur lima hingga 11 tahun.
Jumlah kes jangkitan COVID-19 di India meningkat kepada 36,317,927 pada Khamis, dengan pertambahan 247,417 kes baharu hanya dalam tempoh 24 jam lalu, menurut data terkini Kementerian Kesihatan negara itu
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu memberi amaran dan menggesa masyarakat bersiap sedia menghadapi ancaman serentak wabak COVID-19 dan penyakit pernafasan lain menjelang musim bunga nanti.
Jerman harus mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 ke atas semua populasi dewasa.
Thailand merancang mengenakan yuran kemasukan terhadap pelancong asing sebanyak 300 baht (RM38) seorang bermula 1 April, yang akan digunakan bagi membiayai pembangunan lokasi pelancongan tempatan serta sebagai pelan perlindungan insurans.
Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO) mengumumkan pada Rabu, varian Omicron menyebabkan jumlah kes jangkitan COVID-19 semakin meningkat.
Penyanyi playback legenda India, Lata Mangeshkar dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU), Hospital Breach Candy, Mumbai, pada Sabtu lalu selepas dijangkiti wabak COVID-19.
#COVID-19
#ICU
#Lata Mangeshkar
#Amerika Syarikat
#Thailand
#Jerman
#WHO
#India
#United Kingdom
#Boris Johnson