Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 12, 2022 23:59 MYT
Januari 12, 2022 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 12 Januari 2022.
Permohonan menjadi warganegara Thailand kini lebih sukar dan mahal.
Dua anak lelaki Presiden Joko Widodo atau Jokowi, Gibran Rakabuming dan Kaesang Pangarep mencuri perhatian rakyat Indonesia apabila dipanggil Komisi Pencegahan Rasuah (KPK) selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti rasuah membabitkan kegiatan pembakaran hutan secara haram.
DUA tahun selepas kes pertama COVID-19, kebanyakan negara melaporkan peningkatan kes jangkitan akibat penularan varian Omicron.
Keadaan di Kazakhstan kini stabil selepas berlaku pergolakan besar minggu lalu dan kerajaannya memberi jaminan terhadap keselamatan dan perlindungan pelaburan Malaysia bernilai US$1 bilion di negara Asia Tengah itu.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu perincian maklumat melibatkan pelbagai agensi termasuk pihak berkuasa Palestin berhubung kes pembunuhan seorang pensyarah Palestin di Malaysia pada 2018.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata pada Selasa bahawa vaksin COVID-19 semasa mungkin perlu dikemas kini untuk perlindungan berterusan terhadap varian baharu, termasuk Omicron.
Sebuah wilayah di Kanada akan melaksanakan cukai baharu kepada penduduk yang tidak mendapat suntikan vaksin COVID-19 dalam tempoh beberapa minggu akan datang, kata Ketua Menterinya, Francois Legault pada Selasa.
Dalam masa enam hingga lapan minggu lagi, separuh daripada benua Eropah akan dijangkiti varian Omicron COVID-19.
Anugerah Akademi ke-94 akan kembali menampilkan hos bagi malam kemuncak anugerahnya buat kali pertama sejak 2018.
Artis dan usahawan Amerika, Kanye West merancang melawat Rusia tahun ini untuk bertemu dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, mengadakan persembahan pertamanya di sana selain mengembangkan perniagaannya di negara itu.
#Thailand
#Joko Widodo
#Indonesia
#Forum Ekonomi Dunia
#Kazakhstan
#Palestin
#Bukit Aman
#WHO
#COVID-19
#Oscars
#Kanye West