Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 10, 2022 23:58 MYT
Januari 10, 2022 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Januari 2022.
MAHKAMAH Myanmar hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun ke atas pemimpin demokrasi negara itu, Aung San Suu Kyi atas beberapa kesalahan.
Sekurang-kurangnya 19 individu termasuk sembilan kanak-kanak maut dalam kejadian kebakaran di sebuah pangsapuri di New York City.
Para saintis di Cyprus percaya mereka telah menemui varian terbaharu COVID-19.
Peningkatan jangkitan COVID-19 di India, dengan 159,632 kes baharu direkodkan pada Ahad, mendorong beberapa kerajaan negeri mengenakan sekatan baharu.
Tempoh kuarantin akibat COVID-19 di United Kingdom yang dipendekkan daripada tujuh hari kepada lima hari dapat membantu meringankan beban terhadap pekerja di beberapa sektor utama.
Susulan konflik di Ukraine dan keadaan di Eropah pasca-Perang Dingin, Amerika Syarikat dan Rusia mengadakan perbincangan kritikal.
Usaha pengumpulan maklumat, pengawasan dan siasatan berterusan pihak berkuasa Indonesia membuahkan hasil apabila agensi keselamatan menahan beberapa lelaki tempatan yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran.
Apa ada pada nama? Bagi seorang pengasas start-up pelancongan India, Kovid Kapoor, nama telah menjadikannya sensasi di media sosial.
Thailand dinamakan sebagai antara "25 Tempat Terbaik untuk Bersara" oleh penerbit International Living dalam Indeks Persaraan Global Tahunan untuk 2022.
Pelakon komedi Hollywood Bob Saget dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 65 tahun.
#Bob Saget
#Thailand
#tanjung balau
#Amerika Syarikat
#COVID-19
#United Kingdom
#New York
#Aung San Suu Kyi
#Myanmar
#kebakaran