Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 5, 2022 23:59 MYT
Januari 5, 2022 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 5 Januari 2022.
Presiden Indonesia Joko Widodo menzahirkan sokongan terhadap Kemboja sebagai Pengerusi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) bagi 2022 menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen pada Rabu.
Ketika kes varian Omicron terus meningkat dan menular ke 54 wilayah di Thailand, Kementerian Kesihatan Awam negara itu menggesa orang ramai untuk mendapatkan suntikan penggalak bagi membendung penularan wabak itu.
Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat (CDC) anggarkan varian Omicron menyumbang 95.4 peratus kes di negara itu sehingga 1 Januari.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden minta agar rakyatnya meningkatkan kewaspadaan ketika jumlah jangkitan COVID-19 negara itu mencatat rekod baharu.
Meskipun kebanyakan pesakit pulih dalam tempoh lima hingga tujuh hari sejak bermulanya simptom COVID-19, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih mengesyorkan kuarantin 14 hari, lapor Xinhua memetik seorang pegawai daripada organisasi itu dalam taklimat media pada Selasa.
Seorang warga Palestin yang ditahan di penjara Israel pada Selasa bersetuju untuk menamatkan mogok laparnya selama 141 hari selepas Israel memutuskan untuk membebaskannya, kata pegawai kanan Palestin bagi hal ehwal tahanan Qadri Abu Bakker kepada Xinhua.
Pihak berkuasa Panama pada Selasa menyerahkan kepada Amerika Syarikat seorang bekas anggota tentera Colombia yang disyaki terbabit dalam pembunuhan presiden Haiti, Jovenel Moise di Port-au-Prince pada 7 Julai, menurut Perkhidmatan Imigresen Nasional Panama.
Dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan khabar kematian salah seorang pemain drama bersiri popular, Snowdrop, Kim Mi Soo.
Syarikat telefon pintar, Blackberry secara rasmi telah menghentikan sistem operasi peranti model keluarannya seperti Blackberry 10, 7.1 OS dan barisan keluaran sebelumnya bermula Selasa.
Tiga hari lalu wanita tertua di dunia, Kane Tanaka meraikan ulang tahun kelahiran ke-119.
#ASEAN
#Joko Widodo
#Indonesia
#Omicron
#Thailand
#AS
#COVID-19
#WHO
#Palestin
#Panama
#Kim Mi Soo
#BlackBerry