Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 29, 2021 23:59 MYT
Disember 29, 2021 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 29 Disember 2021.
Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di Afrika mencecah 9,519,699 setakat petang Selasa, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Afrika CDC), lapor Xinhua.
United Kingdom merekodkan kes baharu tertinggi sejak pandemik bermula, iaitu dengan pertambahan 129,471 jangkitan harian, pada Selasa.
Gempa bumi dengan kekuatan 6.1 pada skala Richter melanda pantai pulau Crete di Greece pada pagi Rabu, lapor Sputnik.
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mengecam pembunuhan dan pembakaran 35 orang, termasuk empat kanak-kanak, dan dua pegawai Save the Children di Timur Myanmar.
Amerika Syarikat pada Selasa mengecam serangan tentera Myanmar di negeri Kayah, yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh pada 24 Dis.
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz di kediamannya di pusat bandar Rosh Ha'ayin pada Selasa, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan Kementerian Pertahanan Israel.
Sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh dalam kejadian runtuhan lombong emas di Kordofan Barat, selatan Sudan, menurut satu kenyataan dikeluarkan oleh sebuah syarikat perlombongan milik kerajaan pada Selasa, lapor Xinhua.
Iran dan Rusia optimis dengan rundingan bagi menghidupkan semula Perjanjian Nuklear 2015 yang sedang berlangsung di Vienna, Austria.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres dalam perutusannya sempena Tahun Baharu pada Selasa menggesa semua pihak berusaha ke arah pemulihan yang memberi manfaat kepada manusia, planet dan kemakmuran.
Napoli memberi penghormatan kepada Hugo Maradona, adik kepada bekas legenda kelab Serie A Itali itu, mendiang Diego, yang meninggal akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.
#Afrika
#United Kingdom
#COVID-19
#Greece
#UNICEF
#Omicron
#Myanmar
#Palestin
#Israel
#Iran
#Rusia
#PBB
#Maradona