Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 27, 2021 23:59 MYT
Disember 27, 2021 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Disember 2021.
Sekumpulan pakar geologi mencuri perhatian tajuk berita dunia apabila mereka mengumumkan penemuan Zealandia pada tahun 2017.Benua itu dianggarkan seluas 4.9 juta kilometer per segi yang secara perbandingannya bersaiz enam kali ganda Madagascar.
Pemergian pejuang anti-apartheid Afrika Selatan Archbishop Emeritus Desmond Tutu merupakan kehilangan seorang insan yang tiada bandingannya, kata Menteri Kanan Malaysia merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Presiden Somalia Mohamed Abdullahi Mohamed pada Isnin menggantung tugas Perdana Menteri atas dakwaan rasuah dan penyalahgunaan tanah awam.
Ribuan warga England menghabiskan cuti Krismas untuk berbaris bagi mendapatkan suntikan penggalak vaksin COVID-19 susulan varian Omicron yang semakin menular.
Sementara sebilangan besar negara sedang bergelut untuk mendapatkan vaksin COVID-19 bagi populasi berisiko, Israel kini bakal memulakan kempen suntikan keempat kepada populasinya. Pada Isnin, sebuah hospital besar di Israel akan mula memberikan suntikan vaksin keempat atau dos penggalak kedua kepada 150 kakitangan kesihatannya.
Cuaca sejuk melanda barat Kanada dengan catatan suhu terendah -50 darjah celsius. Menurut Agensi Alam Sekitar Kanada, amaran sejuk melampau telah pun dikuat kuasa bagi lokasi yang terlibat di wilayah barat negara itu.
Setakat 25 Dis, Singapura mengesan 546 kes Omicron yang disahkan dengan 443 kes import dan 103 kes tempatan.
Dua pekerja kemanusiaan Save the Children yang terlibat dalam serangan ke atas kenderaan mereka yang dibakar masih hilang.
Kes import Omicron yang pertama kali dikesan di Indonesia pada 15 Disember telah meningkatkan kepada 46 kes sehingga Ahad, kata jurucakap Kementerian Kesihatan Indonesia Siti Nadia Tarmidzi.
Setakat Ahad, sejumlah 656 penerbangan komersial keluar dan masuk AS dibatalkan, dengan lebih banyak pembatalan dijangka berlaku susulan 920 penerbangan tertunda.