Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 20, 2021 23:59 MYT
Disember 20, 2021 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 20 Disember 2021.
Lapan jemaah Thailand disahkan positif varian Omicron selepas pulang dari Mekah, Arab Saudi.
Indonesia mengesan dua lagi kes varian Omicron menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak tiga kes, kata pegawai Kementerian Kesihatan.
Arab Saudi menjadi negara terbaharu menyertai Malaysia yang mengemukakan permohonan kepada kerajaan Indonesia untuk membekalkan tenaga pekerja secepat mungkin.
Angka korban akibat Taufan Rai yang membadai Filipina minggu lepas, meningkat kepada 208 orang manakala lebih 50 lagi masih hilang, lapor Sputnik memetik media Filipina .
India pada Sabtu melancarkan ujian peluru berpandu balistik generasi baharu yang mampu membawa kepala peledak nuklear.
Sejumlah 3,201 kes varian Omicron telah dikesan di United Kingdom, menjadikan jumlah Varian Membimbangkan (VOC) di negara itu meningkat kepada 14,909 kes.
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan, di luar Sesi Luar Biasa ke-17 Majlis Menteri-Menteri Luar (CFM) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di sini pada Ahad.
Manusia tertua di China, Alimihan Seyiti, meninggal dunia di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang pada Khamis pada usia 135 tahun, lapor Agensi Berita Xinhua.
Angka kematian susulan tragedi permainan belon istana di Australia minggu lepas meningkat kepada enam selepas seorang lagi kanak-kanak meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.
Seorang lelaki maut selepas dipukul orang ramai dalam kejadian di sebuah kuil di India.
#Omicron
#Thailand
#umrah
#COVID-19
#Indonesia
#Arab Saudi
#Filipina
#Taufan Rai
#India
#United Kingdom
#Saifuddin Abdullah
#Imran Khan
#China