Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 15, 2021 23:57 MYT
Disember 15, 2021 23:57 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 15 Disember 2021.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan peningkatan dalam jumlah kemasukan ke hospital dan kematian yang berkaitan dengan strain baharu COVID-19, Omicron, lapor Sputnik.
Lindungi kumpulan yang belum divaksin sebelum menawarkan dos ketiga atau penggalak.
Singapura setakat ini mengesan 16 kes varian Omicron, melibatkan 14 kes import dan dua kes tempatan, menurut pasukan petugas pelbagai kementerian (MTF) mengenai COVID-19 republik itu.
Penggubal undang-undang Britain pada Selasa bersetuju meluluskan peraturan-peraturan baharu berkaitan COVID-19 bagi mengekang penularan varian Omicron.
Pfizer mendakwa pil antiviral COVID-19 keluaran syarikat itu menunjukkan hampir 90 peratus keberkesanan dalam mencegah kemasukan ke hospital dan kematian dalam kalangan pesakit berisiko tinggi.
Sekolah rendah di Belanda diarah tutup seminggu awal bagi musim cuti sambutan Krismas.
Australia pada Selasa memaklumkan merancang untuk menghasilkan jutaan dos vaksin MRNA setiap tahun di Australia selepas bersetuju membina kemudahan pembuatan terbesarnya di luar Amerika Syarikat dan Eropah.
Angka kematian meningkat kepada sekurang-kurangnya 60 orang apabila sebuah lori tangki bahan api meletup di bandar pelabuhan Cap-Haitien di utara Haiti pada Selasa, kata seorang pegawai tempatan.
White House meluluskan deklarasi bencana bagi negeri Illinois dan Tennessee sebagai tambahan kepada deklarasi sebelum ini.
Kawasan komuniti pelarian Bosnia di Bowling Green, Kentucky berkabung di atas kematian 14 penduduknya termasuk 7 kanak-kanak dalam bencana puting beliung paling teruk pernah melanda negeri itu.
#WHO
#COVID-19
#Omicron
#booster
#Singapura
#Britain
#Pfizer
#Australia
#mRNA
#Haiti
#Bosnia
#Kentucky