Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 14, 2021 23:47 MYT
Disember 14, 2021 23:47 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 14 Disember 2021.
Indonesia menarik balik amaran tsunami yang dikeluarkan awal Selasa selepas gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter menggegarkan wilayah Nusa Tenggara Timur.
Semua kategori pengembara warganegara serta pemastautin tetap Malaysia, Singapura layak menggunakan laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL)-darat, berkuat kuasa mulai 20 Dis, 2021.
Rogel Aguilera-Mederos didapati bersalah pada Oktober atas lebih 20 pertuduhan, termasuk menyebabkan kematian dan cuai ketika memandu sehingga menyebabkan nahas ngeri itu.
Indonesia mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter menggegarkan Laut Flores pada 10.20 pagi (11.20 pagi waktu Malaysia) Selasa.
Kementerian mengesyorkan rakyat membatalkan atau menangguhkan perjalanan tidak penting ke luar negara sehingga 13 Januari dan meminta mereka yang berada di luar negara mengambil langkah-langkah pencegahan, seperti mengelak menghadiri acara berskala besar.
Bekas pegawai polis Minneapolis Derek Chauvin dijangka mengaku bersalah dalam kes hak sivil yang dikaitkan dengan kematian George Floyd pada perbicaraan Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di Minnesota, ditetapkan pada Rabu.
Kesatuan Eropah (EU) mengenakan sekatan ke atas kumpulan kontraktor tentera bebas Rusia, Wagner Group, susulan dakwaan ia terlibat mencetus keganasan dan melakukan pencabulan hak asasi di Asia Barat, Afrika dan Ukraine.
Setiausaha Kesihatan UK, Sajid Javid jangkakan kes kematian akibat varian Omicron meningkat mendadak dalam tempoh beberapa minggu akan datang. Sehubungan itu, perkhidmatan kesihatan akan kembali ke tahap persediaan kecemasan bagi berdepan situasi itu.
Mandat menggunakan pelitup muka di kedai-kedai dan kawasan tertutup bermula secara rasmi di New York pada Isnin. Peraturan ini dikuatkuasa selepas bandar itu menunjukkan peningkatan drastik kes COVID-19 dan kes yang dirawat di hospital akibat dijangkiti virus itu.
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 5.31 juta. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 797 ribu kes.
#gempa bumi
#VTL
#Indonesia
#Singapura
#Omicron
#George Floyd
#Derek Chauvin
#Wagner Group
#COVID-19
#vaksin
#Kesatuan Eropah