Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 9, 2021 23:59 MYT
Disember 9, 2021 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Disember 2021.
Afrika Selatan melaporkan hampir 20,000 kes jangkitan COVID-19 baharu dan 36 kematian pada Rabu, suatu rekod sejak varian Omicron dikesan di negara itu, lapor Channel NewsAsia.
Syarikat farmaseutikal Pfizer- BioNTech yakin pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 jenamanya mampu meningkatkan perlindungan terhadap varian Omicron.
Kerajaan New Zealand bercadang untuk mengenakan larangan ke atas generasi muda daripada membeli rokok sepanjang hayat mereka, dalam sebahagian daripada langkah paling tegas memerangi industri tembakau.
Olaf Scholz tidak menunggu lama untuk mempengerusikan mesyuarat kabinet pertama selepas dilantik sebagai Canselor Jerman.
Seorang penyeludup sumbu badak dihukum penjara selama 14 tahun pada Rabu, suatu tempoh paling panjang pernah dijatuhkan mahkamah Vietnam bagi jenayah itu.
Seorang penyelam Pengawal Pantai Amerika Syarikat bersabung nyawa untuk mengeluarkan seorang wanita yang terperangkap di dalam sebuah kereta di Niagara Falls.
7. Lelaki Arab Saudi ditahan disyaki bunuh Jamal Khashoggi dibebaskan, berlaku 'kecelaruan' identiti
Seorang lelaki warga Arab Saudi yang ditahan selepas disyaki terlibat dengan pembunuhan kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi tiga tahun lalu, dibebaskan.
Tenggelam dalam lumpur panas Gunung Semeru, kucing putih ini ditemui masih hidup. Allah Maha Besar.
Bintang popular Bollywood Shah Rukh Khan kembali aktif melakukan aktiviti kecergasan untuk filem terbaharunya, Pathan setelah 'berehat' lebih dua bulan susulan penahanan anak sulungnya, pada awal Oktober lalu.
Sesi Luar Biasa Majlis Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Islamabad pada 19 Dis akan menumpukan isu kemanusiaan dan ekonomi Afghanistan selain mencari penyelesaian untuk krisis mendesak itu, kata Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia Amna Baloch.
#Afrika Selatan
#COVID-19
#Omicron
#Pfizer-BioNTech
#New Zealand
#rokok
#Olaf Scholz
#Jerman
#Vietnam
#Niagara Falls
#Arab Saudi
#Jamal Khashoggi
#Gunung Semeru
#Shah Rukh Khan
#oic