Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 29, 2021 23:59 MYT
November 29, 2021 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 November 2021.
DUA pengembara yang menggunakan penerbangan dari Singapura ke Sydney pada Ahad telah disahkan dijangkiti varian Omicron, kata Kementerian Kesihatan New South Wales (NSW Health) pada Isnin.
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata kerajaan akan melarang kemasukan baharu semua warga asing mulai Selasa berikutan kebimbangan terhadap varian Omicron.
Lee berkata Kementerian Pengangkutan dari kedua-dua negara akan membincangkan perkara tersebut dan Singapura berharap menerima butiran lebih terperinci dari Malaysia.
Pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura melalui Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) akan memberi impak positif terhadap sosioekonomi kedua-dua negara.
Indonesia pada Isnin menyenaraikan empat lagi negara iaitu Angola, Hong Kong, Malawi dan Zambia ke dalam senarai yang dikenakan sekatan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap varian Omicron.
KETUA Eksekutif (CEO) Twitter Inc, Jack Dorsey dijangka akan mengundurkan diri dengan penggantinya sudah dikenal pasti, kata sumber kepada Reuters.
Purata kes sepanjang minggu meningkat kepada 1,600 daripada 500 kes pada minggu sebelumnya
Amerika Syarikat dilaporkan merancang menganjurkan sidang kemuncak secara bersemuka antara Presiden Joe Biden dan pemimpin negara anggota ASEAN, di Washington pada Januari 2022.
Menurut keluarga Abloh, beliau disahkan mengidap cardiac angiosarcoma dua tahun lalu, barah di dalam jantung yang jarang berlaku.
City menewaskan Everton 3-0 dalam EPL minggu lalu sebelum mengatasi PSG dalam UCL Khamis lalu.