Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 26, 2021 23:58 MYT
November 26, 2021 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 26 November 2021.
Hubungan Malaysia dengan China telah menjadi pengaruh yang besar dan diiktiraf sebagai titik tumpuan dalam perdagangan dan pelaburan rantau ASEAN.
Angka korban tragedi Calais pada Rabu merupakan jumlah korban tertinggi direkodkan di Selat Inggeris sejak 2014. Menurut Pertubuhan Antarabangsa Untuk Migrasi (IOM), ia menjadikan jumlah kumulatif kematian pelarian di Selat Inggeris pada tahun ini sahaja sebanyak 200 nyawa.
Satu varian baharu COVID-19 dikenali sebagai B.1.1.529 dikesan di Afrika Selatan yang disifatkan mempunyai bilangan mutasi tinggi dan membawa maut, sekali gus berpotensi untuk disebarluaskan dalam komuniti.
Pada masa ini, 15 peratus dewasa dan 74 peratus remaja berumur 11 hingga 17 tahun di rantau ini tidak melakukan aktiviti fizikal yang mencukupi seperti disarankan, katan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan.
Angka kematian akibat kemalangan lombong arang batu di bandar Kemerovo, Rusia meningkat kepada 52 orang pada Khamis, menurut pihak berkuasa.
Sebenarnya siapa yang pesan barang ini? Seorang penghantar barang panik kerana terpaksa cari pemilik bungkusan di kubur.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan melebihi 48.1 juta kes.
Menurut Pusat Seismologi Kebangsaan India, gempa berkenaan melanda pada kedalaman 12 kilometer dan berlaku kira-kira 140 kilometer dari bandar Aizawl.
Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.45 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Suruhanjaya Eropah bercadang mewajibkan suntikan vaksin penggalak kepada penduduknya yang mahu melancong bermula musim panas depan. Mereka yang mendapat suntikan penggalak juga tidak lagi perlu menjalani ujian dan proses kuarantin.