Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 23, 2021 23:58 MYT
November 23, 2021 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 23 November 2021.
Sekurang-kurangnya 45 orang terkorban dalam nahas jalan raya melibatkan sebuah bas di barat Bulgaria pada Selasa, lapor Xinhua memetik Agensi Berita BTA.
Seorang lelaki berusia 39 tahun di Milwaukee, sebuah bandar di negeri Wisconsin AS, berdepan lima pertuduhan percubaan membunuh dengan sengaja selepas memandu merempuh perarakan percutian yang diadakan di Waukesha, Wisconsin pada Ahad petang, mengorbankan lima orang dan mencederakan lebih 40 yang lain.
Slovakia pada Isnin memperkenalkan sekatan yang lebih ketat ke atas rakyatnya yang belum divaksin untuk tempoh tiga minggu.
Austria menjadi negara Eropah Barat pertama melaksanakan semula perintah sekatan selepas proses vaksinasi susulan peningkatan kes COVID-19.
Kerajaan Jerman pada Isnin mengeluarkan amaran paling keras kepada rakyatnya susulan gelombang keempat COVID-19 di negara itu.
Bekas Presiden Korea Selatan Chun Doo-hwan yang pernah menerima kritikan kerana merampas kuasa meninggal dunia pada Selasa.
Presiden Joe Biden mengumumkan pencalonan semula Jerome Powell sebagai Pengerusi Rizab Persekutuan (The Fed) Amerika Syarikat untuk penggal kedua.
Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany yang dalam rangka lawatan pengenalan ke Singapura mengadakan kunjungan terhadap Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen, di Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Isnin.
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha menggariskan tiga keutamaan untuk memperkukuh serta memperkasa lagi hubungan ASEAN dan China dalam mewujudkan perkongsian strategik komprehensif.
Kerjasama ASEAN-China pada masa depan perlu tertumpu kepada peralihan ekonomi, tenaga dan digital untuk menjadikan rantau itu sebagai kuasa ekonomi, kata Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi).
#bulgaria
#Macedonia
#Wisconsin
#Slovakia
#COVID-19
#Korea Selatan
#Chun Doo-hwan
#Joe Biden
#Jerome Powell
#Singapura
#TLDM
#PM
#Thailand
#China
#ASEAN
#Joko Widodo