Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 22, 2021 23:57 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 22 November 2021.
1. COVID-19: Protes bantah sekatan diperketat bertukar ganas di Belgium
Puluhan ribu peserta keluar melakukan demonstrasi di Brussels pada Ahad, membantah sekatan COVID-19 yang diperketatkan semula oleh kerajaan Belgium bagi mengatasi lonjakan baharu kes COVID-19.
2. COVID-19: Putin umum ambil suntikan penggalak jenis Sputnik Light
Presiden Rusia Vladimir Putin mengesahkan dirinya sudah mendapatkan suntikan ketiga vaksin COVID-19 keluaran negara itu, Sputnik Light.
3. COVID-19: Jerman debat isu wajibkan vaksinasi
Ahli politik jerman sedang berdebat isu mewajibkan vaksinasi COVID-19 kepada rakyat memandangkan berlaku lonjakan jangkitan ketika kadar vaksinasi rendah.
4. United Kingdom gesa tangani perkauman dalam peranti perubatan
Britain menggesa tindakan antarabangsa terhadap isu peranti perubatan seperti oximeter, yang didakwa berfungsi lebih baik terhadap individu berkulit cerah.
5. Penglibatan aktif AS penting, namun bawa cabaran geopolitik
Malaysia percaya penglibatan yang lebih aktif oleh Amerika Syarikat di rantau Asia Tenggara adalah penting dari segi diplomasi, politik mahupun ekonomi.
6. 4 terbunuh, 4 cedera dalam kejadian tembakan di barat daya Pakistan
Sekurang-kurangnya empat orang maut dan empat lagi cedera apabila lelaki bersenjata tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah sebuah kenderaan di daerah Mastung di wilayah Balochistan, barat daya Pakistan pada Ahad.
7. Polis Israel tembak mati guru Palestin
Polis Israel menembak mati seorang guru Palestin dekat pintu masuk ke pekarangan kompleks Masjid al-Aqsa, Baitulmaqdis Timur pada Ahad.
8. Musim sejuk, penghuni kem pelarian Kabul perlukan 'Levas Zemastani'
Di kala suhu yang kini mencecah -1 darjah Celcius sekali gus membuatkan seseorang menggigil kesejukan, rakyat Afghanistan sedang bergelut mempersiapkan keperluan menghadapi musim sejuk ekstrem yang akan tiba.
9. Tunang Jamal Khashoggi desak Bieber batal konsert F1 di Arab Saudi
Tunang wartawan Jamal Khashoggi mendesak supaya penyanyi terkemuka Justin Bieber membatalkan konsertnya yang dijadualkan berlangsung di Arab Saudi pada Disember depan.
10. Gagal siar temu bual Adele, pengacara televisyen Australia mohon maaf
Seorang pengacara sebuah stesen televisyen Australia mengakui kecewa dengan kesilapan yang dilakukan kerana gagal menyiarkan perkongsian penyanyi popular Adele mengenai kemunculan album terbaharunya, 30, menerusi satu temu bual eksklusif, baru-baru ini.
#Belgium #COVID-19 #Vladimir Putin #Sputnik #Jerman #vaksin #AS #Pakistan #Palestin #Israel #Kabul #Jamal Khashoggi #F1 #Justin Bieber #Adele
;