Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 15, 2021 23:59 MYT
November 15, 2021 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 November 2021.
Afghanistan di bawah kerajaan baharu kini lebih bersifat terbuka dan bersedia mengalu-alukan kerjasama negara luar dalam membantu memajukan negara itu, kata Gabenor Herat, Noor Mohammad Islamjar.
Syarikat hotel keluarga bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menjual hak ke atas Trump International Hotel di Washington DC dengan harga AS$375 juta.
Menyeimbangkan peranan kerajaan dalam pembangunan ekonomi selalu menjadi pengalaman penting China untuk mengawal kestabilan pasaran.
Suku kaum Maori yang memiliki hak ke atas haka ‘Ka Mate’ pada Isnin menegur kumpulan antivaksin supaya tidak menggunakan ritual terkenal itu dalam tunjuk perasaan.
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan kebenaran bagi jemaah dari luar Arab Saudi untuk mendapatkan visa umrah melalui aplikasi telefon pintar, "Eatmarna" dan "Tawakkalna".
Sidang secara maya kedua-dua pemimpin negara kuasa besar dunia itu diharap memberi kelegaan ekonomi dan kembalikan keamanan di rantau Asia.
Bagi mengupas lebih lanjut mengenai arah hubungan Amerika Syarikat-China sempena pertemuan secara maya antara Presiden, Joe Biden dan Xi Jinping, Astro AWANI bersama Felo Kanan Dasar Luar dan Kajian Keselamatan, ISIS Malaysia, Thomas Daniel.
Ketua Organisasi Kecemasan Perubatan Iran Jafar Miadfar berkata 48 daripada mangsa yang cedera telah dibenarkan keluar hospital, 22 berada di bawah pengawasan perubatan manakala seorang disahkan meninggal dunia.
Presiden Joe Biden dan Xi Jinping akan mengadakan sidang secara maya hari ini ketika mana ketegangan hubungan dua kuasa besar dunia itu makin memuncak. Minggu lepas di Glasgow, dua kuasa dunia itu mengeluarkan kenyataan bersama berikrar tangani isu perubahan iklim.
Tiga orang ditahan susulan kejadian insiden sebuah kereta meletup di luar sebuah hospital di bandar Liverpool pada Ahad, menyebabkan seorang maut manakala seorang lagi cedera, kata polis.
#Afghanistan
#Joe Biden
#Xi Jinping
#Donald Trump
#China
#Amerika Syarikat
#Maori
#umrah
#Haji
#Liverpool