Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 11, 2021 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 11 November 2021.
1. Bekas Presiden Afrika Selatan, FW de Klerk meninggal dunia
Bekas Presiden Afrika Selatan, FW de Klerk meninggal dunia pada awal pagi Khamis. Beliau yang menjawat jawatan berkenaan bermula September 1989 sehingga Mei 1994 merupakan presiden kulit putih terakhir negara itu.
2. Dasar industri pertahanan, keselamatan negara dilancar 1-2 bulan lagi - Ismail Sabri
Beliau berkata pelancaran dasar itu akan memperkasakan industri pertahanan negara yang merupakan salah satu fokus utama Kementerian Pertahanan.
3. Penerokaan Angkasa | NASA dan SpaceX lancar misi Kru-3
Selepas beberapa kali ditangguhkan, Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) dan SpaceX melancarkan misi menghantar empat angkasawan ke orbit pada malam Rabu di Florida. Mereka bakal meluangkan masa selama enam bulan di Stesen Angkasa Antarabangsa.
4. Pesta Barangan Bagus Asia dan Afrika 2021 cermin ekonomi China berdinamik
Aktiviti penstriman langsung “Pesta Barangan Bagus Asia dan Afrika 2021” selama tiga jam pada malam 6 November lalu berjaya menarik penonton lebih 42 juta orang.
5. Mewahnya rumah agam isteri calon Presiden Filipina ini, siap ada private resort sendiri!
Mengintai kehidupan Jinkee Pacquiao, wanita cantik ini memiliki apa yang diimpikan setiap wanita. Kebahagiaan berkeluarga, kaya, ternama dan berjaya!
6. Rumah terbakar, mayat ibu dan anak-anak ditemui berpelukan
Kejadian kebakaran tersebut berlaku pada Ahad lepas di kediaman milik Syafar, 53, yang mengorbankan isteri serta tiga anaknya.
7. Malaysia Di COP26 | Akur tangani gas metana, sasar pelepasan gas sifar
Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika menghadiri sidang kemuncak COP26 di Glasgow menjelaskan, Malaysia juga mempunyai aspirasi untuk mencapai pelepasan GHG bersih sifar seawal-awalnya pada tahun 2050.
8. COVID-19: Kanak-kanak Indonesia belum vaksin wajib kuarantin 5 hari
Perkara itu diumumkan Ketua Pasukan Pakar Tugas Khas Menangani COVID-19, Wiku Adisasmito yang berharap golongan ibu bapa yang memasuki Indonesia dengan anak mereka belum divaksin mematuhi peraturan tersebut.
9. PM Sweden: Stefan Lofven letak jawatan
Perdana Menteri Sweden, Stefan Lofven meletak jawatan, sekali gus membuka jalan kepada penggantinya, Magdalena Andersson menjelang pilihan raya umum, tahun depan.
10. COVID-19: Kakitangan NHS, kesihatan wajib terima vaksinasi
United Kingdom (UK) mewajibkan semua kakitangan di bawah Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) UK dan sektor kesihatan negara itu untuk mendapatkan suntikan vaksinasi COVID-19.
#FW de Klerk #ismail sabri yaakob #NASA #Jinkee Pacquiao #COP26 #Indonesia #Filipina #United Kingdom #Tuan Ibrahim Tuan Man #Sweden
;