Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 13, 2021 23:59 MYT
Oktober 13, 2021 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 13 Oktober 2021.
Pulau peranginan Indonesia, Bali bakal dibuka semula kepada pelancong antarabangsa pada Khamis.
Pengasas Kumpulan Alibaba, Jack Ma, dilapor membuat kemunculan semula di Hong Kong untuk bertemu rakan-rakan perniagaannya.
Perdana Menteri Norway Erna Solberg menyerahkan surat peletakkan jawatannya kepada Raja Norway, Raja Harald V dalam satu pertemuan di Istana Kerajaan pada Selasa.
Syarikat teknologi Apple dilapor terpaksa mengurangkan pengeluaran iPhone 13 di pasaran ekoran bekalan cip pemprosesan yang terjejas.
Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) tolak permohonan pengeluar vaksin Moderna untuk dos penggalak COVID-19.
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Selasa menegaskan program vaksinasi di negara itu perlu dipergiatkan.
Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) semak turun unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2021 kepada kepada 3.5 peratus berbanding unjuran awal 4.7 peratus pada Julai.
Kumpulan 20 negara (G-20) berikrar untuk mempercepatkan bantuan ke Afghanistan, di tengah-tengah kebimbangan krisis kemanusiaan dan kewangan negara itu akan menjadi lebih teruk pada musim sejuk.
Sekurang-kurangnya 28 maut di barat Nepal selepas sebuah bas yang dinaiki terbabas lalu terhumban ke dalam gaung.
Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan melantik Amit Desai untuk mewakili anaknya yang didakwa terbabit dalam kes penyalahgunaan dadah.
#Bali
#Indonesia
#Jack Ma
#China
#Hong Kong
#Norway
#iPhone 13
#Moderna
#Rusia
#Afghanistan
#Nepal
#Shah Rukh Khan