Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 11, 2021 23:50 MYT
Oktober 11, 2021 23:50 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 11 Oktober 2021.
Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter melanda 114 kilometer (km) timur Chignik, Alaska pada 09:10 GMT, Isnin, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.
Perintah berkurung di Sydney berakhir selepas hampir empat bulan bagi mengekang penularan COVID-19.
Amerika Syarikat (AS) akan menerima pelawat antarabangsa yang menggunakan vaksin COVID-19 diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Presiden Brazil Jair Bolsonaro tidak dibenarkan masuk ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara Santos vs Gremio kerana tidak mempunyai sijil vaksinasi COVID-19.
Bandar Rom pada Ahad menyaksikan kumpulan antivaksin turun ke jalanan lakukan protes kerana tidak puas hati dengan pelaksanaan 'green pass' atau pas hijau oleh kerajaan Itali.
'Bapa bom nuklear' Pakistan, Abdul Qadeer Khan, meninggal dunia pada usia 85 tahun, selepas menerima rawatan di hospital akibat dijangkiti COVID-19.
Sekurang-kurangnya 16 terkorban selepas sebuah pesawat ringan terhempas di tengah Rusia pada Ahad, kata Kementerian Kecemasan.
Gempa kuat melanda kawasan berdekatan Naalehu, Hawaii pada Ahad.
Agensi angkasa Rusia, Roscosmos berjaya melancarkan 70 pelancaran roket tanpa sebarang kemalangan sejak tiga tahun berturut-turut, sekali gus mencipta rekod baharu, lapor agensi berita Sputnik.
Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan dan isteri Gauri Khan mengelak ditemui media selepas anak mereka, Aryan Khan, ditahan polis minggu lalu.
#Sydney
#WHO
#Brazil
#antivaksin
#Pakistan
#Rusia
#Shah Rukh Khan
#Bollywood
#Alaska
#gempa bumi
#anti-vaksin
#Chignik
#perintah berkurung
#Jair Bolsonaro