Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Oktober 5, 2021 23:50 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 5 Oktober 2021.
1. Facebook, Instagram, WhatsApp kembali pulih selepas alami gangguan selama 6 jam
Platform laman sosial Facebook, Instagram dan WhatsApp kembali pulih selepas hampir enam jam gagal diakses pengguna platform tersebut.
2. Zuckerberg mohon maaf kepada pengguna Facebook, Instagram dan WhatsApp
Pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg memohon maaf kepada jutaan pengguna susulan gangguan pada platform media sosial itu.
3. Media Sosial: Kekayaan Zuckerberg merosot lebih AS$6 bilion
Kekayaan peribadi Mark Zuckerberg, merosot lebih AS$6 bilion dalam tempoh beberapa jam susulan gangguan pada platform media sosial lewat semalam.
4. Pakistan ikrar lakukan siasatan terperinci susulan pendedahan Pandora Papers
Pakistan berikrar menjalankan siasatan terperinci berkutan pendedahan Pandora Papers membabitkan ratusan pemimpin dunia, ahli politik, hartawan dan selebriti yang didakwa menyembunyikan wang, pelaburan serta aset untuk elakkan cukai.
5. Pandora Papers: Cubaan Amerika Syarikat jadi juara isu cukai
Kremlin mengaitkan pendedahan Pandora Papers dengan cubaan Amerika Syarikat menjadi juara memperjuangkan isu cukai memandangkan negara itu dianggap memiliki akaun pesisir terbesar dunia.
6. Hampir 1,000 bangunan musnah akibat letusan gunung berapi di Kepulauan Canary
Lava dari gunung berapi Cumbre Vieja di pulau La Palma di Kepulauan Canary telah melitupi sekitar 400 hektar tanah dan memusnahkan hampir 1,000 bangunan, menurut Jabatan Keselamatan Negara Sepanyol dan sistem Copernicus Kesatuan Eropah (EU).
7. Kesihatan mental: Kerajaan perlu peruntuk dana, sumber daya lebih - UNICEF
Kerajaan perlu peruntukan lebih banyak dana dan sumber daya bagi memelihara kesejahteraan mental kanak-kanak dan remaja.
8. PM Jepun umum bubar Parlimen minggu hadapan, PRU 31 Oktober
Perdana Menteri Jepun baharu, Fumio Kishida berkata beliau akan membubarkan Parlimen minggu depan bagi membolehkan pilihan raya diadakan pada 31 Oktober ini.
9. Malaysia kecewa Myanmar tidak beri kerjasama dengan Duta Khas ASEAN
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata Malaysia kecewa kerana pihak berkuasa Myanmar gagal untuk bekerjasama dengan Duta Khas ASEAN.
10. Anak Shah Rukh Khan ditahan reman sehingga Khamis
Anak lelaki kepada pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan dan dua lagi rakannya, ditahan reman sehingga 7 Oktober atas tuduhan pengambilan dadah.
#Facebook #Mark Zuckerberg #Pakistan #Pandora Papers #Canary #kesihatan mental #Jepun #Fumio Kishida #Myanmar #Shah Rukh Khan #ASEAN #UNICEF
;