Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 30, 2021 23:53 MYT
September 30, 2021 23:53 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 September 2021.
Youtube akan menyekat semua kandungan bersifat antivaksin COVID-19, termasuk yang melemparkan tuduhan bahawa vaksin menyebabkan kesan kronik kepada penerima, serta maklumat yang tidak benar mengenainya.
Sekurang-kurangnya 30 maut serta 47 cedera dalam insiden pergaduhan antara banduan di sebuah penjara di Guayaquil, Ecuador, yang tercetus pada Selasa malam.
Bekas menteri luar Fumio Kishida hampir pasti menjadi Perdana Menteri Jepun yang baharu menggantikan Yoshihide Suga yang meletak jawatan bulan lepas.
Sekurang-kurangnya satu simptom jangka panjang COVID-19 atau 'long covid' dikesan pada 37 peratus pesakit selepas tiga hingga enam bulan dijangkiti.
Majlis Perbandaran Los Angeles akan memutuskan usul peraturan mewajibkan orang ramai membuktikan mereka sudah melengkapkan vaksinasi COVID-19 untuk memasuki lebih banyak premis perniagaan dan venue lain.
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 233 juta, berikutan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Lebih 6.19 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Khamis.
Gugusan awan wap dan gas muncul dari Lautan Atlantik di luar La Palma, Sepanyol ketika lava dari Gunung Berapi Cumbre Vieja mengalir masuk ke dalam lautan.
Burung belatuk 'ivory-billed' yang kali terakhir dikesan pada 80 tahun lalu adalah salah satu daripada 23 spesis yang secara rasmi akan diisytiharkan pupus di Amerika Syarikat.
Seorang artis Denmark yang diberikan dana berjumlah 534,000 Kroner (RM486,370) dalam bentuk wang tunai untuk menghasilkan karya seni telah menghilangkan diri selepas memulangkan kanvas kosong dengan tajuk Take the Money and Run (Ambil Wang Dan Lari).
#YouTube
#antivaksin
#COVID-19
#Ecuador
#Fumio Kishida
#Jepun
#PM
#long COVID
#Los Angeles
#Amerika Syarikat
#La Palma
#sepanyol
#Denmark