Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 28, 2021 23:50 MYT
September 28, 2021 23:50 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 28 September 2021.
Sekurang-kurangnya 23 orang cedera dalam insiden letupan di sebuah bangunan kediaman di bandar Gothenburg, barat daya Sweden pada Selasa.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menerima kunjungan Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan di London dalam Lawatan Khas ke UK.
Lelaki yang menembak bekas Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan serta tiga individu lain telah dibebaskan. John Hinckley didakwa atas percubaan membunuh bekas presiden itu pada 1981.
Tular tentang kisah seorang pemuda di Jakarta, Indonesia nekad membakar kubur arwah ayahnya kerana tidak berpuas hati dengan wasiat yang ditinggalkan.
Presiden Perancis Emmanuel Macro dan Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus melancarkan Akademi WHO di Lyon, Perancis. Akademi berkenaan bertujuan untuk berikan pendidikan kepada pekerja kesihatan dan orang awam.
Presiden Amerika Syarikat (AS) menerima suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 bagi memberi keyakinan kepada rakyat AS mengenai keperluan mendapatkan suntikan tambahan.
Seorang lelaki maut manakala 11 yang lain cedera dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 5.8 yang mengegarkan Pulau Crete, Greece awal pagi Isnin. Mayat lelaki berkenaan dikeluarkan di bawah runtuhan sebuah gereja yang runtuh di perkampungan Arkalochori, iaitu berdekatan dengan pusat gempa.
Ribut tropika "Dianmu" yang membadai utara dan timur laut Thailand mengakibatkan banjir di 27 wilayah di Thailand.
Kelly menghadapi kemungkinan dipenjara selama beberapa dekad atas jenayah itu.
Penyanyi utama kumpulan rock Britain, Coldplay, Chris Martin menghadiahkan sebuah gitar miliknya kepada salah seorang anggota kumpulan K-pop terkenal, BTS, Kim Seok-Jin.
#Bangkok
#Amerika Syarikat
#Indonesia
#Thailand
#Sweden
#Greece
#gempa bumi
#vaksin
#COVID-19
#WHO
#R Kelly
#Joe Biden
#dos penggalak
#Dianmu
#BTS
#ARMY
#Coldplay