Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 17, 2021 23:50 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 17 September 2021.
1. Jepun: Kempen pemilihan ketua Parti LDP bermula
Kempen untuk memilih ketua Parti Demokratik Liberal (LDP) di Jepun dan mencari pengganti Perdana Menteri Yoshihide Suga bermula pada Jumaat, menyaksikan empat Ahli Parlimen menawar diri sebagai calon.
2. Pemain industri selatan Thailand cadang 'Danok Sandbox' rangsang ekonomi tempatan
Sebelum pandemik COVID-19 melanda, Pekan Danok di wilayah Sadao di selatan Thailand merupakan destinasi popular pilihan rakyat Malaysia untuk melancong, berhibur selain membeli pelbagai barangan.
3. COVID-19: ASEAN serah bantuan peralatan perubatan kepada Myanmar
ASEAN telah menyerahkan bantuan peralatan perubatan bernilai US$1.1 juta untuk diagihkan Persatuan Palang Merah Myanmar (MRCS), bagi membantu Myanmar memerangi penularan COVID-19.
4. Jokowi, tiga menteri Kabinet didapati bersalah cuai tangani pencemaran
Mahkamah di Indonesia mendapati Presiden Joko Widodo (Jokowi) bersalah kerana cuai menangani isu pencemaran udara di Jakarta.
5.PM Singapura terima suntikan penggalak
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pagi ini menerima suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 di Hospital Umum Singapura.
6. Chile buka pintu sempadan kepada pengembara asing bermula 1 Oktober
Pintu sempadan Chile akan dibuka kepada pengembara asing yang telah lengkap vaksinasi bermula 1 Oktober depan.
7. Semua pekerja di Itali wajib ada sijil kesihatan COVID-19
Itali pada Khamis meluluskan beberapa peraturan anti-COVID disifatkan paling ketat di dunia dengan mewajibkan semua pekerja mempamerkan bukti vaksinasi, negatif ujian saringan atau telah pulih daripada jangkitan.
8. Indonesia, Filipina terima bantuan tambahan vaksin COVID-19, Thailand pertingkat vaksinasi
Setakat ini, AS telah memberi 12 juta dos vaksin untuk Indonesia, manakala kerajaan Perancis pula komited untuk memberi tiga juta dos kepada negara itu.
9. Jasad bekas Perdana Menteri Korea Utara dikebumi selepas 15 tahun kematiannya
Jasad bekas perdana menteri Korea Utara, Kang Song San akhirnya disemadikan di perkuburan Sinmiri, Pyongyang selepas 15 tahun kematiannya.
10. Sekolah masih ditutup untuk hampir 77 juta pelajar - UNICEF
Sekolah untuk kira-kira 77 juta pelajar di enam negara terus ditutup hampir 18 bulan disebabkan pandemik COVID-19, menurut analisis data terkini yang dikeluarkan pada Khamis oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
#Afghanistan #Chile #Korea Utara #Thailand #Pyongyang #North Korea #Perdana Menteri #Joko Widodo #COVID-19 #Itali #Jepun #Jakarta #Danok #UNICEF #LDP #Lee Hsien Loong #dos penggalak
;