Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 15, 2021 23:50 MYT
September 15, 2021 23:50 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 15 September 2021.
Indonesia merancang untuk membuka semula sempadannya kepada warga asing pada November tahun ini selepas 70 peratus daripada populasi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Thailand meluluskan beberapa langkah termasuk melonggarkan dasar imigresen dan menawarkan faedah cukai bertujuan menarik satu juta rakyat asing yang 'high potential' dalam tempoh lima tahun.
Penjarakan fizikal akan berakhir di Belanda pada 25 September, pada tarikh sama mandat kerajaan mewajibkan pas kesihatan COVID-19 untuk memasuki tempat seperti bar, restoran dan teater.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan rakan sekutunya berharap mereka dapat memberi Afrika 30 peratus vaksin COVID-19 yang diperlukan oleh benua itu pada Februari tahun depan.
Sebuah arked permainan video di Osaka dijadikan pusat vaksinasi sebagai usaha mempercepatkan pemberian vaksin COVID-19 di Jepun.
Ibu bapa di Lima, Peru mengadakan protes di luar Kementerian Pendidikan negara itu sebagai membantah program perintis untuk mengkaji proses pembelajaran secara bersemuka pada Isnin.
Tumpuan negara-negara global kini beralih kepada peningkatan pemulihan ekonomi lebih mampan sebagai perlindungan terhadap risiko dalam norma baharu ketika dunia terus mengharungi ketidaktentuan dan penularan semula gelombang pandemik COVID-19, kata Institut Akauntan Berkanun England dan Wales (ICAEW).
Pihak berkuasa Greece menjalankan siasatan terhadap nahas pesawat persendirian dari Israel yang mengorbankan saksi pendakwaan dalam perbicaraan rasuah bekas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Perdana Menteri UK, Boris Johnson umum pelan musim sejuk negara itu untuk memastikan sistem kesihatannya tidak berdepan tekanan yang melampau. Pelan berkenaan hanya akan terpakai kepada England dan ia melibatkan dua pendekatan: 'A' atau 'B'.
Seperti tahun lalu, Iphone 13 asas didatangkan dalam dua versi iaitu versi biasa 6.1 inci dan versi lebih kecil bersaiz 5.4 inci Iphone 13 Mini.
#Benjamin Netanyahu
#Boris Johnson
#Belanda
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#WHO
#Thailand
#vaksin
#Indonesia
#Israel
#Greece
#Vietnam
#England
#ICAEW
#Iphone13
#Apple