Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 14, 2021 23:50 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 14 September 2021.
1. 2 terbunuh dalam letupan bom di pusat pemeriksaan COVID-19 di Yangon
Dua termasuk seorang anggota pasukan keselamatan terbunuh dan sekurang-kurangnya empat yang lain cedera dalam satu letupan bom di wilayah Mandalay Myanmar pada Isnin.
2. Malaysia sokong penyelesaian politik berkekalan dipimpin, dimiliki, dikawal rakyat Afghanistan
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah menekankan sokongan Malaysia ke atas proses inklusif yang dipimpin, dimiliki serta dikawal oleh rakyat Afghanistan sendiri, ke arah penyelesaian politik berkekalan demi keamanan dan keselamatan negara itu.
3. COVID-19: England tawar vaksin kepada golongan usia 12-15 tahun
Remaja berusia 12 hingga 15 tahun di England akan diberikan vaksin COVID-19. Kerajaan Britain mengesahkan langkah itu diambil selepas mendapat sokongan sebulat suara oleh Ketua Pegawai Perubatan (CMO) dari empat negara di United Kingdom.
4. Krisis Afghanistan | PBB ingin dunia sumbang bantuan AS$600 juta
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu Antonio Guterres menggesa dunia menderma lebih 600 juta dolar untuk bantu penduduk Afghanistan. Menurut Guterres jumlah berkenan akan membantu lebih 11 juta orang dalam 4 bulan.
5. Vaksin COVID-19 | Dos ketiga tidak diperlukan populasi umum
Suntikan penggalak atau booster shot vaksin COVID-19 tidak diperlukan populasi umum. Perkara itu dinyatakan dua saintis Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat dan pegawai daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam jurnal perubatan, pada Isnin.
6. Perubahan Iklim | Kawasan kebakaran hutan terus meningkat
Ahli bomba bertungkus lumus memadam kebakaran hutan di kawasan Costa Del Sol di Sepanyol. Mereka kini mengharapkan hujan untuk membantu memadamkan kebakaran yang telah musnahkan lebih 7700 hektar dalam 5 hari.
7. COVID-19 | Kes positif seluruh dunia melebihi 225.1 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 225.14 juta. Ini berikutan hampir enam ratus ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
8. Vaksinasi | Vietnam percepat program vaksinasi
Vietnam mempercepat program vaksinasi COVID-19 sebagai usaha melonggarkan sekatan perintah berkurung pada hujung September ini. Menurut pihak berkuasa, Hanoi yang telah menjalani perintah berkurung sejak Julai, telah memberikan 5.5 juta dos vaksin sejak bulan Mac ketika vietnam melancarkan program vaksinasi.
9. COVID-19 | Perintah berkurung di Auckland dilanjutkan
Perintah berkurung di bandar Auckland dilanjutkan sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu lagi. Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas bandar itu merekodkan 33 kes jangkitan baharu pada Ahad.
10. Met Gala kembali, kehadiran Rose Blackpink curi tumpuan ramai
Rose hadir ke Met Gala bersama Pengarah Kreatif Yves Saint Laurent, Anthony Vaccarello.
#Afghanistan #Amerika Syarikat #England #Myanmar #Vietnam #New Zealand #United Kingdom #WHO #COVID-19 #vaksin #Saifuddin Abdullah #Rose #BLACKPINK
;