Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 10, 2021 23:58 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 10 September 2021.
1. Akses pendidikan di Afghanistan cetus kebimbangan - Menteri Luar Qatar
Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani berkata akses terhadap pendidikan di Afghanistan menjadi tumpuan utama Qatar dalam usaha menyokong golongan muda di negara itu.
2. UN Women gesa Taliban hormati hak wanita Afghanistan
UN Women seru tindakan segera diambil untuk memastikan wanita dapat menikmati sepenuhnya hak mereka secara adil dan selamat.
3. Thailand uji cuba alat pengesan COVID-19 guna sampel peluh ketiak
Bagi golongan penjual dan penjaja di pasar Bangkok, peluh dari ketiak yang membasahi baju mereka sewaktu musim tengkujuh yang lembap berkemungkinan mengandungi tanda jangkitan COVID-19, ujar saintis tempatan.
4. Enam cedera dalam insiden tembakan di Illinois, suspek masih diburu
Sekurang-kurangnya enam orang cedera dalam insiden tembakan di Illinois, Amerika Syarikat pada Khamis malam sekitar jam 4 petang di East St Louis.
5. 83 pemimpin negara dijangka sertai Perhimpunan Agung PBB ke-76
Seramai 83 pemimpin negara dijangka menghadiri sesi ke-76 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang bakal berlangsung mulai 14 Sept, kata presiden sesi ke-75 UNGA, Volkan Bozkir, pada Khamis.
6. Konflik Afghanistan | Penerbangan komersial pertama berlepas dari Kabul
Dianggarkan 200 warga asing, termasuk Amerika Syarikat, meninggalkan Afghanistan dalam penerbangan komersial dari Kabul pada Khamis yang mendapat kerjasama Taliban Ia merupakan penerbangan berskala besar yang pertama sejak pasukan Amerika menyelesaikan pengunduran mereka minggu lalu
7. COVID-19 | Biden umum mandat baharu vaksinasi di Amerika Syarikat
Presiden Joe Biden berkata kebanyakan rakyat Amerika Syarikat kecewa susulan seramai 80 juta daripada mereka masih belum mendapatkan vaksin COVID-19 sekaligus memberi kesan terhadap negara itu. Biden berkata demikian apabila mengumunmkan mandat baharu berkaitan vaksinasi di Amerika Syarikat.
8. COVID-19 | Kes positif seluruh dunia melebihi 222.9 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 222.9 juta Ini berikutan lebih enam ratus ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
9. Penerbangan komersial pertama berlepas dari Kabul
Kira-kira 200 warga asing, termasuk Amerika Syarikat, meninggalkan Afghanistan dalam penerbangan komersial dari Kabul pada Khamis yang mendapat kerjasama Taliban.
10. Kerajaan Taliban | Kabinet bincang situasi Afghanistan hari ini
Pendirian Malaysia mengenai situasi di Afghanistan akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, hari ini. Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah sebelum ini, berkata ia bagi mendapatkan nasihat dan pandangan jemaah Menteri sebelum membuat keputusan mengenai perkara itu.
#Afghanistan #Amerika Syarikat #Cuba #Qatar #Thailand #Taliban #Joe Biden #Saifuddin Abdullah #UN #vaksin #COVID-19
;