Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 3, 2021 23:50 MYT
September 3, 2021 23:50 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 3 September 2021.
Yoshihide Suga bakal melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri Jepun hujung bulan ini.
Polis New Zealand menembak mati seorang lelaki yang mencederakan beberapa pengunjung di sebuah pusat beli-belah di bandar Auckland.
Insiden serangan yang berlaku di sebuah pusat membeli-belah di Auckland pada Jumaat diklasifikasikan sebagai serangan pengganas.
Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di sempadan Gaza pada Khamis, hingga mengorbankan seorang rakyat Palestin dan mencederakan 15 yang lain.
Setiausaha Luar United Kingdom memberi bayangan penerbangan pemindahan keluar dari Afghanistan mungkin akan disambung semula.
China akan "mengekalkan" kedutaannya di ibu negara Afghanistan Kabul, kata Taliban pada Khamis.
Susulan Taufan Ida yang melanda Amerika Syarikat, lebih 20 orang dilaporkan maut di timur laut negara itu, pada Khamis.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyifatkan cuaca melampau seperti Taufan Ida sebagai satu peringatan bahawa krisis perubahan iklim sebagai sesuatu yang benar-benar berlaku.
Rakyat Amerika Syarikat (AS) kemungkinan memerlukan suntikan dos ketiga vaksin COVID-19 untuk melengkapkan vaksinasi mereka, kata pakar penyakit berjangkit AS Dr Anthony Fauci.
Suntikan dos penggalak atau booster shot akan diberikan kepada individu dengan sistem imun badan lemah di United Kingdom.
#Astro Awani
#Gaza
#New Zealand
#daish
#Auckland
#serangan
#Yoshihide Suga
#Afghanistan
#evakuasi
#Kabul
#Taufan Ida
#banjir kilat
#New York
#Joe Biden
#Anthony Fauci
#UK