Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 31, 2021 23:59 MYT
Ogos 31, 2021 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 31 Ogos 2021.
Menyanjungi peranan yang dimainkan negara dalam pembebasan Palestin, sebuah jalan di bandar Gaza dinamakan sebagai Malaysia Street.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken menjelaskan kurang daripada 200 rakyatnya yang masih berada di Afghanistan. Sehubungan itu, pihak berikrar akan sedapa upaya membawa mereka keluar dalam masa terdekat.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu menerima draf resolusi berkenaan situasi di Afghanistan. Resolusi tersebut gesa taliban untuk benarkan warga Afghanistan keluar dari negara berkenaan dengan rela dan selamat.
Taliban kini menguasai sepenuhnya Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul pada Selasa selepas pesawat terakhir Amerika Syarikat meninggalkan negara tersebut.
Sorotan kesan misi hampir dua dekad tentera Amerika Syarikat di Afghanistan ke atas generasi kanak-kanak, yang paling terdera disebabkan perang. Nasib mereka terus tidak menentu di tangan Taliban
Pembukaan semula sekolah itu membolehkan 45 juta murid dan pelajar menjalani sesi pembelajaran bersemuka, berbanding secara jarak jauh sejak Mac 2020.
Tuntutan saman ke atas Federal Insurance yang berpangkalan di Indiana itu antara lain adalah disebabkan pelanggaran kontrak.
Tarikh pembukaannya telah tertunda selama beberapa bulan akibat ancaman pandemik COVID-19.
Manchester City menduduki tangga teratas senarai pasukan paling banyak mengeluarkan perbelanjaan bagi mendapatkan pemain sepanjang dekad ini.
Ini merupakan kali pertama Murray - yang kini berada di ranking nombor 112 dunia - tewas dalam pusingan pembukaan di New York.
#Afghanistan
#Amerika Syarikat
#Gaza
#COVID-19
#Beijing
#PBB
#Palestin
#Mission Impossible
#Universal Studios
#Stefanos Tsitsipas
#Andy Murray
#Terbuka AS
#Manchester City
#FIFA