Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 27, 2021 23:58 MYT
Ogos 27, 2021 23:58 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 27 Ogos 2021.
Sekurang-kurangnya 90 dilaporkan terbunuh dalam satu serangan bunuh diri di Lapangan Terbang Kabul pada Khamis.
Kemboja membenarkan rakyatnya menerima suntikan dos ketiga atau penggalak (booster) untuk vaksin COVID-19 bagi mencapai "imuniti kelompok sebenar," lapor Agensi Anadolu memetik, Agence Kampuchea Press.
Penularan varian Delta semakin hari semakin membimbangkan penduduk di New Zealand selepas kes harian terus menunjukkan peningkatan.
Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) akan menyiasat insiden pencemaran vaksin Moderna yang dilaporkan baru-baru ini.
Amerika Syarikat dijangka dapat mengawal COVID-19 pada awal tahun depan sekirnya kadar vaksinasi meningkat. Perkara itu dinyatakan pengarah, Institut Alergi Nasional dan Penyakit Berjangkit, Dr. Anthony Fauci.
Barisan kabinet baharu Iran diumum dengan majoriti anggota kabinet yang dicalonkan Presiden baharu, Ibrahim Raisi diluluskan melalui pengundian di Parlimen.
Sekurang-kurangnya 60 orang cedera dalam letupan di sebuah depot senjata di daerah Bayzakov, Kazakhstan pada Khamis sehingga menyebabkan pihak berkuasa memindahkan penduduk di empat buah kampung yang berhampiran.
Sekurang-kurangnya 25 anggota tentera yang terbabit dalam misi menyelamat di wilayah Kabyle, Algeria akibat kebakaran hutan dilaporkan terkorban.
Kira-kira 50 mangsa dilaporkan terperangkap akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku di utara India pada Rabu.
Roller-coaster di sebuah taman tema di jepun diarah tutup selepas beberapa penunggang dilaporkan mengalami patah tulang sewaktu menaikinya.
#COVID-19
#Moderna
#Iran
#Afghanistan
#New Zealand
#vaksin
#letupan
#Fuji-Q
#tanah runtuh
#Kabul
#serangan bunuh diri
#Suntikan booster