Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 26, 2021 23:50 MYT
Ogos 26, 2021 23:50 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis 26 Ogos 2021.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu menyatakan terdapat "keperluan kritikal dan mustahak" untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai Kabul kekal berfungsi sepenuhnya untuk penyaluran bantuan selepas pengunduran Amerika Syarikat.
Syarikat pengeluar vaksin COVID-19, Moderna sudah melengkapkan laporan semasa bagi permohnannya kepada pentadbiran makanan dan ubatan Amerika Syarikat (FDA) bagi mendapatkan kelulusan penuh vaksinnya. Ia akan melibatkan kelulusan penuh bagi individu berusia 18 tahun dan ke atas.
Delta Airlines minta pekerjanya membayar tambahan AS$200 dolar setiap bulan untuk pelan penjagaan kesihatan yang ditaja syarikat mereka sekiranya memilih untuk tidak mengambil vaksin COVID-19.
Jelas Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Afrika, Dr Matshi-diso Moeti, adalah penting untuk memberi keutamaan kepada populasi paling berisiko di seluruh dunia.
Seekor gajah jantan tersilap sangka apabila ia menyerang sebuah patung haiwan di taman hidupan liar di Thailand baru-baru ini. Haiwan itu bertindak sedemikian di Taman Negara Khao Yai di Hin Tung iaitu kira- kira 180 kilometer dari Bangkok.
Presiden Rusia, Vladimir Putin dan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping bersetuju untuk meningkatkan usaha mengatasi ancaman yang muncul di Afghanistan selepas penguasaan Taliban.
Kira-kira 1.6 juta dos vaksin Moderna tidak akan digunakan di Jepun susulan pencemaran yang berlaku di dalam beberapa botol Menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kesejahteraan negara itu, beberapa pusat pemberian vaksin melaporkan beberapa botol mengandungi bahan asing.
Bursa New York terus catat kenaikan pada penutup Rabu dengan saham pembuat cip dan kewangan menolak naik indeks S And P 500 dan Nasdaq ke paras tertinggi.
White House gesa syarikat gergasi teknologi, industri kewangan dan syarikat infrastruktur utama berusaha mengatasi ancaman keselamatan siber terhadap ekonomi Amerika Syarikat. Perkara itu dinyatakan dalam pertemuan dengan Presiden Joe Biden dan anggota Kabinetnya, pada Rabu.
Dua letupan dilaporkan berlaku di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul, mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang termasuk kanak-kanak, pada Khamis.
#Afghanistan
#Amerika Syarikat
#China
#Jepun
#Rusia
#Thailand
#Taliban
#Vladimir Putin
#Joe Biden
#Xi Jinping
#WHO
#Delta Airlines
#Moderna
#vaksin
#COVID-19