Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 23, 2021 23:50 MYT
Ogos 23, 2021 23:50 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin 23 Ogos 2021.
Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan Presiden Singapura hari ini.
Ribut Tropika Henri dengan kelajuan angin 60 kilometer sejam yang melanda Westerly, Rhode Island pada Ahad, mengakibatkan ribuan penduduk terputus bekalan elektrik.
Seorang pemilik rumah di pekan kecil Staffordshire, England tergamam apabila mendapati rumahnya berubah 360 darjah selepas disewakan kepada penyewa dari 'neraka'.
Program baharu kerajaan itu bertujuan untuk menghasilkan data tentang perlindungan antibodi bagi individu mengikut jangkitan oleh varian COVID-19 berbeza.
atu rakaman video menunjukkan detik-detik sebuah kereta yang gagal dikawal oleh pemandunya terbang dan jatuh di bahagian hadapan sebuah restoran di South Brunswick, New Jersey baru-baru ini.
Pemindahan warga Amerika Syarikat dari Afghanistan akan dipercepatkan minggu ini walaupun berdepan ancaman Taliban. Bercakap di White House, Presiden Joe Biden berkata seramai 11,000 telah diterbangkan dari Kabul dalam tempoh 36 jam yang lepas.
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 211.7 juta. Ini berikutan lebih 500 ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Vietnam melaporkan jumlah kematian harian tertinggi akibat wabak koronavirus sejak ia melanda negara itu. Kementerian Kesihatan melaporkan 737 kematian direkodkan pada ahad menjadikan jumlah keseluruhan kematian 8,277 kes.
Sejumlah lebih 4.92 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Isnin. Ini merupakan pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini menghampiri 4.43 juta. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 628 ribu kes.
#Afghanistan
#Amerika Syarikat
#England
#Vietnam
#Taliban
#Joe Biden
#COVID-19
#pandemik
#vaksin
#Johns Hopkins University
#Ribut Henri
#Rhode Island