Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 19, 2021 23:50 MYT
Ogos 19, 2021 23:50 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 19 Ogos 2021.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyuarakan kebimbangan terhadap krisis kemanusiaan yang berlaku di Afghanistan.
Bekas presiden Amerika Syarikat Donald Trump menempelak tindakan Joe Biden dalam menangani penarikan keluar tentera negaranya dari Afghanistan.
Sebuah jet Angkatan Udara Itali menerbangkan 86 penumpang ke lapangan terbang utama Rom dari Kabul setelah Taliban berkuasa di Afghanistan.
Angka korban akibat gempa bumi di Haiti meningkat kepada 2,189 orang, lapor Sputnik memetik Associated Press.
Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO) pada Rabu memberi amaran peningkatan krisis kesihatan mental di seluruh benua Amerika susulan pandemik COVID-19.
Tiga pemimpin tunjuk perasaan antikerajaan Thailand yang disahkan positif COVID-19 ketika berada dalam tahanan dilaporkan dalam keadaan baik, menurut Jabatan Penjara.
Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan perancangan untuk memberikan suntikan penggalak COVID-19 atau booster shot dalam usaha membendung penularan varian Delta.
Lebih 100 warga Australia meninggalkan Bali, Indonesia dengan penerbangan khas yang diatur kerajaan Australia, pada Rabu.
Seramai 47 termasuk 30 orang awam, 14 tentera dan tiga anggota bantuan, terbunuh dalam satu serangan pemberontak pada Rabu di wilayah Sahel utara Burkina Faso, lapor Xinhua.
Bekalan baharu vaksin COVID-19 tiba di barat laut Syria pada Selasa selepas lebih daripada sebulan sempadan negara itu dibuka.
#Afghanistan
#Taliban
#gempa bumi
#Haiti
#WHO
#Donald Trump
#Joe Biden
#Amerika Syarikat
#Thailand
#Kabul
#AstraZeneca
#Syria
#Burkina Faso