Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 16, 2021 23:50 MYT
Ogos 16, 2021 23:50 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Ogos 2021.
Kumpulan Taliban mengumumkan pada Ahad pihaknya sedang mengadakan rundingan bertujuan membentuk kerajaan inklusif di Afghanistan.
Presiden Afghanistan Mohammad Ashraf Ghani meninggalkan negara itu pada malam Ahad, selepas Taliban dilaporkan mula memasuki ibu kota Kabul.
Presiden Afghanistan Ashraf Ghani mengesahkan telah meninggalkan negara itu dengan alasan untuk mengelakkan pertumpahan darah ketika pemberontak Taliban memasuki ibu kota Kabul.
Keadaan politik tidak stabil yang mencetuskan kebimbangan berhubung isu keselamatan menyebabkan beberapa negara memindahkan warga mereka dari Afghanistan.
Sekurang-kurangnya 1,297 orang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Haiti pada Sabtu, menurut agensi perlindungan kebangsaan di Twitter pada Ahad.
Penduduk di beberapa buah kampung di pinggir Baitulmaqdis yang dijajah Israel dipindahkan pada Ahad selepas berlakunya satu kebakaran besar hutan, kata polis.
Kerja-kerja menyelamatkan 19 pelombong arang batu yang terperangkap di provinsi Qinghai di barat laut China masih giat dijalankan.
Polis Thailand bertempur dengan penunjuk perasaan yang berkumpul di sekitar kediaman Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha pada Ahad, kali kelima dalam tempoh seminggu.
Seorang lelaki warga Malaysia di Hatyai, selatan Thailand, ditahan polis selepas mengurung diri bersama dua orang anaknya dalam sebuah bilik di kediamannya.
Pemenang Piala Ragbi Dunia dan jurulatih kebangsaan Tongsa, Toutai Kefu dilaporkan cedera akibat ditikam di bahagian perut dalam kejadian pecah rumah di rumahnya awal Isnin.
#Afghanistan
#gempa bumi
#Taliban
#Israel
#Perdana Menteri
#Thailand
#China
#Ashraf Ghani
#Haiti
#Baitulmaqdis
#Prayuth Chan-o-cha