Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 11, 2021 23:58 MYT
Ogos 11, 2021 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 11 Ogos 2021.
Sekurang-kurangnya enam anggota polis cedera termasuk seorang ditembak di kaki selepas berlaku pertempuran antara penunjuk perasaan antikerajaan dan polis di Bangkok pada Selasa, berikutan satu perarakan kereta yang dianjurkan penunjuk perasaan.
Wakil khas PBB ke Myanmar beri amaran negara itu berisiko terjerumus dalam perang saudara skala besar jika tiada usaha digerakkan untuk menamatkan konflik.
Amerika Syarikat (AS) menyumbang US$55 juta kepada Thailand, dengan US$50 kebanyakannya diperuntukkan untuk bantuan kemanusiaan kepada lebih 700,000 pelarian dan mereka yang hilang tempat tinggal dari Myanmar.
Tanpa perlu janji temu, bermula Selasa penduduk Singapura boleh mendapatkan suntikan masing-masing di 26 pusat vaksinasi yang menawarkan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech (Comirnaty).
Pihak berkuasa kesihatan United Kingdom (UK) memaklumkan tiga per empat atau 75 peratus populasi dewasa di negara itu sudah melengkapkan vaksinasi mereka.
Tiada lagi ujian saringan COVID-19 percuma untuk golongan yang enggan menerima vaksin, kata Canselor Angela Merkel pada Selasa.
Gabenor New York, Andrew Cuomo disahkan meletakkan jawatan selepas terpalit dengan dakwaan skandal gangguan seksual yang mencemarkan reputasinya.
Beberapa negara masih bergelut dengan isu kebakaran hutan berskala besar, antaranya termasuk Greece dan Bolivia.
Taliban menguasai dua wilayah di utara Afghanistan pada Selasa, sejak pertempuran terbaru meletus di negara Asia itu, lapor Xinhua, memetik media tempatan pada Rabu.
Dewan Senat Amerika Syarikat meluluskan pelan infrastruktur bernilai AS$1 trilion.
#Astro Awani
#Amerika Syarikat
#Angela Merkel
#Greece
#Thailand
#Singapura
#Jerman
#Bangkok
#protes
#PBB
#Moderna
#Pfizer
#BioNTech
#Andrew Cuomo
#Bolivia