Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 6, 2021 23:50 MYT
Ogos 6, 2021 23:50 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 6 Ogos 2021.
Kementerian Kesihatan Awam Thailand pada Jumaat melaporkan sejumlah 21,379 kes jangkitan baharu COVID-19 dicatatkan di negara itu dalam tempoh 24 jam lalu.
Moderna mendakwa vaksin COVID-19 dibangunkannya mencatat keberkesanan sekitar 93 peratus sehingga enam bulan selepas dos kedua.
Perdana Menteri Britain optimis lebih banyak negara akan membenarkan perjalanan antarabangsa, susulan kadar vaksinasi yang semakin meningkat di seluruh dunia.
White House sedang mempertimbang untuk mewajibkan pengunjung dari luar negara untuk divaksinasi sepenuhnya sebelum negara itu kembali membuka perjalanan antarabangsa.
Amerika Syarikat akan memberikan suntikan penggalak, atau booster, untuk vaksin COVID-19 kepada rakyatnya yang mengalami penurunan antibodi.
Ribuan penduduk Hong Kong akan ditawarkan 'tempat perlindungan' sementara di Amerika Syarikat (AS).
Hari ini 6 Ogos genap 76 tahun bom atom bergelar 'Little Boy' dari pesawat Amerika Syarikat B-29 Enola Gay jatuh menimpa bumi Hiroshima, Jepun.
Itali pada Khamis mewajibkan supaya guru-guru lengkap divaksin sebelum dibenarkan kembali mengajar secara bersemuka di sekolah.
Pelari pecut Belarus, Krystsina Tsimanouskaya yang diarah untuk dihantar pulang ke negara kelahirannya sudah selamat tiba di Poland.
Seorang aktor dari siri televisyen popular di Thailand ditahan polis selepas teman wanitanya dijumpai mati dengan kesan tikaman di sebuah kediaman di Bangkok pada awal pagi Jumaat.
#Tokyo
#vaksin
#Moderna
#COVID-19
#Jepun
#Hong Kong
#Amerika Syarikat
#antibodi
#hiroshima
#Boris Johnson
#Belarus
#Thailand
#Krystsina Tsimanouskaya