Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 28, 2021 23:24 MYT
Julai 28, 2021 23:24 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis 28 Julai 2021.
Statistik Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) menunjukkan, pulau itu melaporkan 79 kes baharu dari 19 hingga 25 Julai , dan 54 kes direkodkan pada dua hari pertama minggu ini (26 hingga 27 Julai).
Sekurang-kurangnya 13 rakyat Palestin yang menyertai protes terhadap penempatan haram, dilaporkan cedera akibat keganasan tentera Israel, di utara Tebing Barat.
Presiden Kais Saied menggantung Parlimen pada Ahad dan menggugurkan Perdana Menteri Hichem Mechichi berikutan satu protes terhadap parti pemerintah oleh rakyat.
Menurut Datuk Bandar New York City Bill de Blasio, konsert itu akan berlangsung pada 21 Ogos, yang diibaratkannya sebagai 'kehidupan baharu' buat warga kota itu.
Dana Kewangan Antarabangsa, IMF unjur ekonomi global tumbuh 6 peratus tahun ini, terpantas sejak 1980. Dalam masa yang sama, ia menjangka ekonomi maju tumbuh 5.6 peratus tahun ini semakan menaik daripada 5.1 peratus unjuran yang dibuat sebelum ini.
Menurut Pengarahnya, Dr Rochelle Walensky, cadangan tersebut digunapakai di tempat tertutup terutamanya di negeri-negeri yang mencatatkan peningkatan kes harian.
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 195 juta. Ini berikutan lebih empat ratus ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Lebih 3.91 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Rabu. Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 1.56 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson dijangka akan meluluskan pembukaan semula pintu sempadan negara itu kepada pelancong yang sudah lengkap divaksin.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambut baik pengumuman Korea Utara dan Korea Selatan untuk memperbaiki hubungan dua hala. Menurut PBB dalam satu kenyataan, pemimpin di kedua-dua negara itu bersetuju untuk membina semula kepercayaan dan meningkatkan hubungan
#China
#New York
#Korea
#Israel
#Tunisia
#Palestin
#Boris Johnson
#COVID-19
#Johns Hopkins University
#IMF
#PBB
#vaksin
#Bill de Blasio
#CDC